2021 Bakal Menampilkan Trend Beg Tangan Kecil, Lembut Dan Jenis Jaring

Tinggal lagi 18 hari sebelum melangkah ke 2021. Bagaimanakah pengembaraan fesyen anda pada tahun ini?

Industri fesyen 2020 sedikit sebanyak telah banyak mengubah perkembangan fesyen untuk masa-masa akan datang. Individu dilihatkan akan tampil dengan gaya yang lebih sederhana dan mudah untuk bergerak lebih-lebih lagi dalam musim pandemik ini.

Antara yang paling terkesan adalah trend beg tangan untuk 2021. Ia akan membawakan rekaan yang lebih kecil yang mana hanya memuatkan barang penting sahaja dan juga penawaran bahan yang mudah untuk dibersihkan selepas menggunakannya.

Beg Kecil, Beg Mikro

Ia sebenarnya sudah mula digemari individu semenjak tahun 2019 lagi. Namun, ia kelihatan akan semakin menjadi pilihan orang ramai untuk tahun hadapan. 

Pada musim COVID-19 ini,  ada yang berpendapat bahawa beg mikro sangat efisien dalam kehidupan seharian. Dengan hanya memuatkan pembersih tangan dan kotak penyimpanan pelitup muka, ia sangat mudah untuk dibawa kemana sahaja.

Micro VSLING Shiny Calfskin Shoulder Bag for Woman | Valentino Online  Boutique

Bukan itu sahaja, selari dengan saranan pihak kerajaan yang menggalakkan pembayaran secara nirtunai, maka individu tidak lagi perlu membawa dompet yang besar di dalam beg tangan yang mana hasilnya adalah lebih praktikal.

YOUR ULTIMATE GUIDE TO LUXURY: Jacquemus Le Chiquito bag

Antara jenama mewah yang menawarkan rekaan beg mikro ini termasuk Jacquemus Chiquito, Fendi Peekaboo XS, Valentino VSling Micro dan juga Chanel’s itty-bitty SS21.

Clutch Moden

Seterusnya, untuk tampil lebih minimal dan ranggi, clutch adalah pilihan beg yang paling sesuai untuk tahun 2021. Jenis rekaan seperti ini dilihat mula popular pada suku ketiga tahun 2020.

Clutch adalah beg tangan kecil yang direka untuk digenggam atau dibawa di bawah lengan anda. Rekaan tanpa tali atau tempat pemegang, clutch biasanya digunakan sewaktu majlis atau acara makan malam untuk membawa barang keperluan minimum seperti telefon, kad kredit dan barang kosmetik.

Antara jenama tempatan yang mula mengeluarkan beg clutch ini termasuk dUCK, Christy Ng, Sometime By Asian Designer dan banyak lagi.

Beg Jaring

Bagi seseorang yang mementingkan estetik, tahun 2021 akan menampilkan rekaan beg jaring. Melaluinya, pengguna hanya akan membawa keperluan penting sahaja dan sangat praktikal untuk kegunaan harian. Ia dikategorikan sebagai beg tote untuk membeli barangan runcit. 

Antara jenama yang tampil dengan estetika beg jaring ini termasuk Longchamp, Fendi dan banyak lagi.

Spring 2021 Bag Trend: Weave It Up! Straw, Nets, and Knits | 7 Handbag  Trends You'll See Everywhere Next Spring | POPSUGAR Fashion Photo 39

Berikut adalah beberapa penawaran dan jenis rekaan yang ditawarkan untuk fesyen beg tangan tahun hadapan.

Jadi, apakah pilihan anda? Adakah pilihan beg tangan untuk tahun 2021 ini akan menjadi kegemaran anda?