5 Aplikasi Untuk Mendapatkan Kandungan Instagram Stories Lebih Ceria & Menarik
Instagram Stories adalah ciri yang menyeronokkan dan menarik di mana pengguna menyiarkan siri foto atau video berbentuk pendek yang muncul di Instagram selama 24 jam. Ciri ini telah menjadi sangat popular, dan lebih-lebih lagi, kerana banyak pilihan yang ada untuk menjadikannya lebih menarik.
Terdapat pelbagai aplikasi yang tersedia untuk membuat Cerita Instagram yang menyeronokkan dan menarik. Beberapa aplikasi menambah kesan dan animasi ke Stories, sementara yang lain membenarkan ciri penyuntingan foto dan video yang lebih maju.
StoryArt
Ia merupakah salah satu aplikasi penyuntingan Instagram Story yang paling banyak dimuat-turun oleh para Instagrammers. Hal ini kerana, ia menawarkan akses yang mudah dan juga pelbagai tetapan templat yang menarik.
Pelbagai tema yang boleh digunakan sama ada secara percuma dan juga berbayar. Bukan itu sahaja, ia turut hadir dengan variasi penuras, jenis tulisan dan juga mod rekaan yang sesuai untuk gambar dan video.
Aplikasi ini boleh dimuat turun untuk kedua-dua peranti Android dan iOS.

Unfold
Ia dilancarkan sejak tahun 2018, ia hadir dalam tiga variasi iaitu versi percuma, persi premium dan versi yang memfokuskan jenama.
Sama seperti StoryArt, ia membenarkan pengguna untuk menggunakan templat yang minimal dan moden untuk pengguna kongsikan di Instagram Stories. Bukan itu sahaja, pengguna juga hadir dengan ciri koleksi yang memudahkan suntingan dilakukan dan seterusnya boleh terus dimuat-naik di sosial media anda. Selain mudah digunakan, ia mempromosikan prinsip reka bentuk bersih dan moden yang memberikan impak estetik yang tinggi.
Bagi yang berminat, ia boleh dimuat-turun di Play Store dan juga App Store.

Adobe Spark
Aplikasi Adobe Spark Post & Video membolehkan pengguna menambah klip video atau menggabungkan gambar untuk membuat video di Instagram Story. Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk menambahkan kesan pada gambar. Terdapat beberapa audio, teks, animasi dan beberapa penuras dan kesan reka bentuk lain yang boleh anda tambahkan.

Antara ciri lain yang ditawarkan termasuk:
- Ciri-ciri utama
- Membuat catatan video animasi
- Variasi pilihan tipografi
- Pelbagai potongan, susun atur dan kesan untuk teks
- Penawaran storan di platform awan
Aplikasi ini menyokong platform Android, iOS, dan desktop.
Over
Over adalah aplikasi untuk mencantikkan dan menceriakan Instagram Stories anda yang mana menawarkan penambahan teks dan grafik ke foto dan video anda yang dipilih.

Pengguna juga boleh mendapatkan templat video di ruang Library aplikasi selain mengakses banyak animasi yang berbeza. Bukan itu sahaja, bagi anda yang ingin menyediakan poster untuk mempromosikan kedai edagang anda, Over turut hadir dengan rekaan poster yang percuma untuk anda gunakan.
Mula muat-turun aplikasi ini di Play Store dan juga App Store.
Seen
Dengan Seen, pengguna boleh mencipta slaid dengan mudah serta menawarkan transition dan penuras animasi yang lancar dan menarik antara setiap catatan 15 saat.

Seterusnya, aplikasi Seen juga mempunyai pilihan teks beranimasi yang membantu menceriakan klip gambar dan video anda dan seterusnya menjadikan produk lebih dinamik dan menarik.
Walau bagaimanapun, aplikasi ini tertakluk untuk pengguna iOS sahaja.