Carian
Crystallure By Wardah – Barisan Produk Kecantikan Halal Dan Premium
December 14, 2020 Lina Rosli

Crystallure By Wardah – Barisan Produk Kecantikan Halal Dan Premium

Seperti yang anda ketahui, Wardah adalah sebuah jenama kecantikan yang menawarkan variasi produk kecantikan untuk pelbagai lapisan umur. Tidak kira muda atau tua, versi asas atau premium, kesemuanya memfokuskan kepada kesihatan dan kecantikan kulit setiap individu di seluruh dunia.

Terbaru, Wardah hadir dengan rangkaian halal premium yang dinamakan Crystallure. Dengan ini, individu atau para wanita boleh mendapatkan semula kecantikan wajah melalui penawaran bahan dan teknologi yang baik untuk kesihatan kulit bagi melawan penuaan.

Berikut adalah dua bahan utama yang terkandung di dalam rangkaian Crystallure:

Crystal Gold Peptide: Gabungan peptida dan kristal emas tulen yang berkesan untuk proses keremejaan kulit. Peptida adalah molekul protein yang memainkan peranan penting dalam sintesis kolagen, manakala Crystal Gold Peptide pula berfungsi melindungi peptida semula jadi kulit dari mudah pecah selain membantu mencapai kulit yang licin dan lembut.

YouthGlow Active: YouthGlow Active terdiri daripada bahan aktif yang disesuaikan dari sebatian yang dihasilkan oleh mikroorganisma. Bahan aktif semula jadi ini membentuk lapisan kelembapan yang melindungi kulit
dari faktor luaran yang boleh membahayakan kulit menjadikannya kelihatan awet muda dan berseri.

Ini adalah barisan produk di bawah Crystallure by Wardah:

  • Crystallure Supreme Double Micellar Gel, RM44.60
  • Crystallure Supreme Activating Booster Essence, RM82.40.
  • Crystallure Supreme Advanced Oil Serum, RM82.40
  • Crystallure Supreme Advanced Eye Serum, RM53.30
  • Crystallure Supreme Revitalizing Rich Cream, RM72.10
  • Crystallure Supreme Advanced Hydra Gel, RM72.10
  • Crystallure Supreme Activating Overnight Cream, RM82.40
Komen