Fakta Menarik Tentang Otak – Individu Sebenarnya Tidak Boleh Melakukan Multi-Tugasan?

Tidak dinafikan bahawa otak sememangnya adalah organ terpenting di dalam tubuh manusia. 

Otak berfungsi untuk mengawal dan mengkoordinasikan tindakan dan reaksi manusia. Dalam pada masa yang sama juga, ia membolehkan kita berfikir dan merasakan sesuatu sama ada secara fizikal mahupun rohani.

Namun, berapa banyak informasi yang anda tahu mengenai otak anda? Apakah keunikan dan fakta menarik mengenai otak yang terdapat pada setiap manusia?

Oleh itu, Tajria hari ini ingin berkongsi beberapa fakta menarik mengenai otak yang mungkin anda tidak ketahui.

Otak Tidak Boleh Melakukan Multi-Tugas

Sering kita dengari bahawa, setiap orang perlu berupaya melakukan pelbagai tugasan dalam kehidupan seharian. Namun, ada kajian yang mengatakah otak manusia tidak boleh melakukan pelbagai tugas dalam satu masa?

Sebenarnya, otak anda hanyalah bertukar konteks yang mana ia boleh beralih dari satu tugas ke tugas lain yang berbeza dan bukannya melakukan banyak tugas dalam satu ruang waktu.

Jadi, manusia tidak melakukan multi-tugas, ia adalah keadaan di mana otak anda boleh bertukar dan memproses kerja lain namun pada waktu yang lain. Otak anda hanya boleh melakukan multi-tugas hanya apabila bernafas dan mengepam darah. Walau bagaimanapun, ia tidak dipertimbangkan dalam melakukan pelbagai tugas.

Menurut buku Brain Rules, ia menerangkan bagaimana “multi-tasking” yang boleh memudaratkan. Ia menunjukkan yang mana kadar kesalahan akan meningkat sehingga 50 peratus dan memerlukan anda untuk melakukan sesuatu tugasan dua kali lebih lama berbanding waktu biasa.

Punca Sakit Kepala Adalah Dari Reaksi Kimia

Seperti yang anda ketahui, hormon serotonin merupakan bahan kimia yang diperlukan untuk berkomunikasi antara sel saraf. Keadaan sakit kepala atau pening berlaku apabila tahap serotonin dan estrogen berubah sehingga mengakibatkan migrain atau sakit kepala.

brown brain decor in selective-focus photography

Kandungan Kolesterol Dalam Otak Mempengaruhi Ingatan

Otak mempunyai kandungan kolesterol yang lebih tinggi daripada organ lain. Sekitar 25 peratus kolesterol di tubuh anda adalah di bahagian otak.

Otak sangat bergantung pada kolesterol. Oleh sebab itu, otak akan menghasilkan kolestrol mereka yang sendiri selain lebih stabil berbanding di organ lain. Kolesterol merupakan komponen penting yang mengelilingi semua sel manusia. Ia berfungsi untuk menyatukan sel, mengatur fungsi sel dan juga membiarkan bahan kimia masuk ke dalam dan keluar dari sel membran.

Membaca Secara Kuat Menggunakan Litar Otak Yang Berbeza Daripada Membaca Secara Senyap

Membaca dengan kuat mendorong perkembangan otak. Kanak-kanak mula-mula belajar membaca dengan menyebut perkataan dengan kuat. Setelah pengetahuan dan sel otak telah berhubung dan terjalin, maka mereka belajar membaca secara senyap.

Menurut kajian, membaca secara lantang pada umumnya lebih lambat daripada membaca secara senyap. Hal ini kerana, penghasilan pertuturan jauh  eelebih perlahan daripada kelajuan penglihatan dan pemikiran.

Hal ini kerana, ketika membaca secara verbal otak menunjukkan frekuensi bunyi perkataan. Fenomena ini dikenali sebagai production effect atau kesan pengeluaran di dalam bahagian otak yang mana proses kognitif adalah lebih aktif dan menterjemahkannya sebagai memori jangka masa panjang.

Person Holding String Lights Photo

Otak Mempunyai Kuasa Elektrik Yang Boleh Menghidupkan Lampu Kecil

Apabila anda terjaga, otak anda menjana elektrik sekitar 12 hingga 25 watt. Ia mencukupi untuk menghidupkan sebuah lampu kecil. Bukan itu sahaja, otak juga berfungsi dengan pantas yang boleh mendapatkan maklumat dengan kelajuan mencapai 150 sehingga 260 batu sejam. Walau bagaimanapun, otak masih memerlukan glukosa dari badan untuk menghasilkan jumlah tenaga ini.

Sumber: Thought Co, Health Harvard, Mental Floss