Carian
Ini 3 Perkara Yang Perlu Anda Lakukan Setelah Menerima Bungkusan Dari Platform Edagang
December 15, 2020 Lina Rosli

Ini 3 Perkara Yang Perlu Anda Lakukan Setelah Menerima Bungkusan Dari Platform Edagang

Seperti yang anda lihat sekarang, arena edagang dan pembelian melalui platform atas-talian seperti Shopee, Lazada, Zalora atau lain-lain dilihat semakin meningkat dan menjadi pilihan kebanyakan individu masa kini.

Namun, terdapat beberapa perkara yang perlu anda ambil berat sekiranya anda melakukan pembelian ini.

Hapuskan Plastik Bungkusan Dengan Slip Maklumat Peribadi Anda Dengan Betul

Setiap penghantaran biasanya memerlukan anda untuk mengisi maklumat peribadi anda yang merangkumi nama, nombor telefon dan juga alamat rumah anda.

Jadi elakkan daripada membuang plastik atau sampah bungkusan secara merata-rata. Hal ini bagi mengelakkan maklumat diri anda didedahkan kepada individu yang tidak dikenali.

Penghantaran ke rumah mesti diserahkan di peti surat. Sekiranya bungkusan itu tidak muat di peti surat, staf penghantaran harus mengetuk pintu atau membunyikan loceng untuk menyerahkan bungkusan. Bungkusan mesti diletakkan di depan pintu dan tidak diletakkan secara bersepah.

Paket, Kemasan, Kotak, Pengiriman

Tidak Memuat Naik Video Dengan Maklumat Peribadi Di Media Sosial

Selain itu, anda juga tidak disarankan memuat-naik video bungkusan anda di dalam media sosial. Hal ini bagi mengelakkan maklumat peribadi anda tertiris di arena web.

Walau bagaimanapun, anda masih boleh berkongsi video maklum balas jika maklumat peribadi anda sudahpun dihapuskan atau ditanggalkan dari bungkusan dan juga kotak penghantaran.

Free stock photo of administration, adult, box

Tidak Membuka Bungkusan Yang Bukan Nama Anda

Perkara ini sangat penting untuk keselamatan anda. Elakkan daripada membuka bungkusan yang bukan nama anda. Hal ini bagi mengelakkan salah faham dan juga mengurangkan risiko jika barang yang terkandung di dalam kotak adalah perkara berbahaya seperti dadah atau bahan terlarang yang lain.

Pastikan anda menelefon pusat penghantaran barangan yang berdekatan dan membuat laporan tentang isu tersebut jika bungkusan tersebut bukan milik anda. Ia bukan sahaja mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingin, malah ia turut memastikan kelancaran penghantaran barang tersebut kepada tuan empunya.

_______________________________________________________________________

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda lakukan setelah menerima bungkusan atau pesanan belian melalui laman edagang yang anda guna. Di harap perkongsian ini dapat memberi peringatan supaya anda menjadi lebih berhati-hati pada masa akan datang.

Komen