US Pizza Menawarkan Dua Pizza Edisi Terhad – Indomie Dan Sambal Petai Udang

Bagi penggemar mi segera Indomie, US Pizza hadir dengan tawaran pizza khusus yang dinamakan Indomie Pizza.

Untuk hidangan ini, ia menampilkan telur mata di bahagian tengah, dan disusun dengan lada merah disekelilingnya. Dari segi tekstur, ia membawakan lapizan roti pizza dibawah, kemudian ditambah dengan mi segera di atasnya dan akhir sekali ditabur dengan daun bawang, potongan ayam lada hitam, bawang merah dan juga keju.

Bagi yang berminat, ia boleh didapati pada harga RM28 dan hadir untuk untuk tempoh masa yang terhad.

Image may contain: food and text

Selain itu, anda juga boleh mencuba satu lagi menu baru, sesuai untuk peminat makanan laut iaitu udang dan juga petai. Tidak dinafikan, kombinasi udang dan petai sememangnya sudah sinonim jika disajikan bersama nasi. Namun, apa rasanya jika ditambah di atas pizza?

Bahan yang disajikan di dalam satu hidangan pizza ini adalah udang, sotong, petai, bawang, pes sambal dan juga lada merah. Bagi yang berminat, ia boleh didapati pada harga RM38 dan hadir untuk untuk tempoh masa yang terhad.

Image may contain: 1 person, food

Kedua-dua pizza ini boleh didapati melalui tempahan secara atas-talian atau kunjungi rangkaian US Pizza berdekatan dengan kawasan anda.

Jika anda sudah mencuba, jangan lupa kongsikan pengalaman anda menikmati dua hidangan pizza ini bersama Tajria. Selamat mencuba!