Ini Adalah 4 Aplikasi Yang Boleh Digunakan Untuk Membayar Bil Dan Utiliti – Mudah & Pantas
Untuk era teknologi ini, hampir kesemua keperluan dan transaksi boleh dilakukan secara atas-talian.
Ia termasuk bayaran untuk perkhidmatan yang anda gunakan seperti bil elektrik, bil air, bil internet dan banyak lagi.
Berikut adalah beberapa dompet digital yang menawarkan banyak ciri dan pelbagai promosi menarik.
Boost
Salah satu aplikasi mudah-alih yang menawarkan pelbagai kemudahan termasuk pembayaran bil dan juga utiliti secara atas-talian.
Melalui aplikasi ini, anda boleh menambah-nilai amaun yang diinginkan ke dalam dompet digital dan menggunakannya untuk mengumpulkan ganjaran kesetiaan, menghantar dan menerima e-baucar, memindahkan wang, dan banyak lagi.
Anda juga boleh membayar bil isi rumah melalui Boost. Hanya klik tab bil dan pilih utiliti yang ingin anda bayar dan masukkan jumlahnya.
Muat turun aplikasi Boost, di kedai aplikasi Play Store dan juga App Store.
GoPayz
GoPayz adalah satu dompet digital yang dikendalikan oleh U Mobile yang membolehkan pengguna membuat pembayaran bil atau pun lain-lain servis secara nirtunai.
Ia membawakan pelbagai jenis perkhidmatan pembayaran termasuk bayaran bil dan utiliti, langganan kandungan & banyak lagi.
Pengguna boleh tambah-nilai akaun menerusi transaksi bank dan juga secara tunai di 7-Eleven.
Muat turun aplikasi GoPayz, di kedai aplikasi Play Store dan juga App Store.
Pos Malaysia App
Melalui aplikasi ini, anda perlu mencipta akaun dan klik pada tab ‘Bill Payment‘ dan ikut arahan seterusnya untuk membuat pembayaran.
Antara pembayaran bil yang dibenarkan dan ditawarkan termasuk:
- Bil elektrik TNB
- Bil Air mengikut negeri
- Indah Water
- Astro
- Bil telefon Maxis dan Celcom
- Bil Internet Time
Muat turun aplikasi Pos Malaysia App, di kedai aplikasi Play Store dan juga App Store.
Touch ‘n Go eWallet
Bagi anda yang kerap menggunakan dompet digital ini, maka ia akan menjadi lebih mudah untuk membuat transaksi untuk pembayaran bil dan utiliti bulanan. Antara kategori pembayaran yang disediakan menerusi perkhidmatan ini termasuk:
- Tambah nilai prabayar
- Bil pascabayar
- Bil utiliti
Muat turun aplikasi Touch ‘n Go eWallet, di kedai aplikasi Play Store dan juga App Store.
Berikut adalah beberapa cadangan yang membawakan ciri dan tawaran pembayaran bil dan utiliti melalui dompet digital. Bagi yang berminat, anda boleh mula memuat-turun kesemua aplikasi di atas di Play Store dan App Store.