Cleverin – Produk Yang Mampu Menghilangkan Virus Dan Bakteria Di Udara
Ia adalah projek dibawah Taiko Pharmaceutical yang bertindak untuk menghilangkan virus dan juga bakteria yang terapung di udara.
Taiko Pharmaceutical telah ditubuhkan sejak 1946 di Osaka yang mana memfokuskan kepada produk anti-bakteria. Baru-baru ini, syarikat ini dibawah jenama Cleverin telah hadir dengan kajian bagi membuktikan keberkesanan klorin dioksida dalam menghapuskan patogen di udara secara efektif lebih-lebih lagi pada musim wabak pandemik ini.
Berdasarkan kajian Cleverin juga, penggunaan bahan klorin dioksida ini dilihat dapat membantu penstrerilan bilik atau ruang di udara. Hal ini kerana, bahan ini digunakan sebagai pembasmi kuman yang sangat kuat dan berkesan membunuh mikroorganisma patogen seperti kulat, bakteria dan virus.
Bukan itu sahaja, Taiko Pharmaceutical melaporkan bahawa 1 produk Cleverin berjaya dijual untuk setiap 5 saat di Jepun selain kini menampilkan jumlah jualan sekitar 6.8 juta produk di pasaran.
Antara barisan produk yang ditawarkan adalah Cleverin Gel 60mg, Cleverin Gel 110mg dan juga Cleverin Stick Pen Type. Bagi yang berminat, produk ini boleh didapatkan pada harga RM49 untuk pek dengan pen. Sementara, RM48 untuk 6 paket isi semula Cleverin.