Jenama Fesyen Pomelo Bekerjasama Dengan Grab – Koleksi ‘Tribute’ Untuk Rakan Penghantar

Grab mengumumkan dengan kolaborasi bersama sebuah jenama fesyen Pomelo dalam menghasilkan rekaan pakaian eksklusif untuk rakan penghantar mereka.

Penghasilan koleksi ini bertujuan untuk memberi penghormatan khas kepada rakan penghantar Grab dalam melaksanakan tugasan sepanjang masa ini lebih-lebih lagi dalam menawarkan perkhidmatan yang baik kepada masyarakat dalam tempoh yang mencabar ini.

Koleksi eksklusif ini dilihat akan tersedia di Thailand, Singapura, dan Malaysia, bermula 28 Disember 2020.

Selain itu, kempen ini turut bertujuan untuk memastikan komuniti Grab untuk kekal berfesyen tanpa batasan. Untuk pengetahuan anda juga, koleksi Pomelo x Grab ini merangkumi enam gaya streetwear seperti jaket kulit, variasi rekaan untuk tshirt, bandana dan banyak lagi.

Menariknya dalam koleksi ini juga, ia membawakan palet warna yang segar iaitu hijau dan putih sesuai dengan jenama Grab selain menampilkan warna ungu dan hitam yang mewakili Pomelo.

Pelancaran rasmi koleksi ini iaitu Pomelo x Grab Livestream Show akan diadakan Pomelo App dan Facebook pada 28 Disember jam 8.30 malam. Pomelo juga akan mengadakan pemberian hadiah khas di media sosial dan saluran siaran langsung bagi peminat mendapatkan karya edisi terhad ini.

Untuk mendapatkannya juga, anda boleh layari laman web rasmi Pomelo di pomelofashion.com dan mendapatkan item fesyen ini pada harga bermula RM59.