Nasi Atuk KFC – Menu Baru Yang Menampilkan Gandingan Nasi Dan Ayam
Sejak dari tahun 1973, KFC telah menjadi pilihan kebanyakan individu di Malaysia. Menawarkan hidangan ayam goreng bersama beberapa hidangan tambahan seperti roti, coselaw dan juga kentang lecek, sememangnya berjaya menarik individu untuk mendapatkannya sebagai hidangan sarapan, makan tengahari dan juga makan malam.
Berita baik untuk peminat ayam KFC, syarikat ini dilihat telah hadir dengan penawaran menu baru yang dinamakan Nasi Atuk KFC. Menu ini menghidangkan makanan kebangsaan Malaysia iaitu Nasi Lemak ataupun KFC Colonel Rice yang mana turut hadir dengan 3 variasi lauk iaitu 1 ketul ayam, 2 ketul ayam dan juga Hot & Spicy Zinger Fillet.
Bukan itu sahaja, seperti menu Nasi Lemak di kebanyakan restoran lain, KFC turut menghidangkan Nasi Atuk KFC ini bersama telur rebus, hirisan timun segar, kacang dan juga sambal ikan bilis. Malah, pelanggan juga boleh menambah kari kentang dengan tambahan harga RM3 bersama menu ini.
Bagi anda yang berminat, Nasi Atuk KFC ini akan tiba di seluruh rangkaian KFC di seluruh Malaysia bermula hari esok iaitu 17 Disember 2020.
Anda juga boleh mendapatkannya melalui pesanan di www.KFC.com.my atau melalui aplikasi mudah alih KFC Malaysia.