Tutorial Untuk Menulis Di Tajria – Ruang Perkongsian Tips, Pendapat & Promosi Perniagaan
Tajria adalah sebuah laman perkongsian terbuka untuk semua individu. Platform ini membawakan perbincangan berkaitan pelbagai aspek kehidupan. Antara topik atau isu yang dibincangkan termasuk resepi, kecantikan, kesihatan, motivasi, fesyen, gaya hidup, automotif, keluarga, aplikasi dan teknologi yang sesuai dengan peredaran dunia dan topik semasa.
Melalui platform ini juga, pembaca atau individu boleh mengembangkan bakat, berkongsi tips, menyatakan idea dan pendapat selain mempromosikan perniagaan kepada umum.
Bukan itu sahaja, Tajria turut membuka peluang kepada pembaca Tajria untuk berkarya dan menjadikan laman ini sebagai satu inisiatif untuk menyampaikan maklumat.
Bagaimana Untuk Mula Menulis?
Langkah 1: Daftar dan cipta akaun anda di Amanz.me
Pergi ke halaman utama tajria dan mula mendaftar. Klik pada butang ‘Daftar di AmanzMe’ dan cipta akaun baru jika anda belum pernah mendaftar sebelum ini.
Langkah 2: Create new post
Selepas mendaftar, anda boleh mula menulis dengan klik ‘Create new post’.
Seterusnya, tulis topik kegemaran anda dan terus kongsikan bersama pembaca Tajria.
Langkah 3: Menetapkan Thumbnail pada artikel
Untuk menetapkan thumbnail untuk artikel yang ditulis, anda boleh klik kotak thumbnail pada panel bahagian kanan dashboard dan pilih gambar yang anda inginkan.
Seterusnya, tetapkan Category, Tags dan Visibility untuk artikel yang anda tulis. Pastikan anda Save changes selepas menyiapkan kesemua artikel anda.
Mengapa Tajria?
Menarik mengenai laman Tajria ini adalah, anda boleh terus menerbitkan hasil karya dan kongsikannya di laman media sosial anda. Malah, anda juga boleh memuatkan pelbagai jenis gambar dan juga video di dalam artikel anda.
________________________________________________________________________
Mudah bukan? Dengan ini, anda dapat mengarang dan menceritakan pengalaman anda mengenai tips dan idea yang anda ketahui dengan lebih efisien di dalam artikel anda bersama pembaca Tajria.
Artikel anda akan diterbitkan di laman Tajria. Anda juga boleh membaca idea dan artikel pengarang lain. Selamat mencuba!