Carian
Tahukah Anda Terdapat 5 Jenis Bawang – Apakah Perbezaan Pada Rasanya?
December 17, 2020 Lina Rosli

Tahukah Anda Terdapat 5 Jenis Bawang – Apakah Perbezaan Pada Rasanya?

Adakah anda mempunyai pilihan untuk jenis bahan masakan yang akan anda gunakan apabila menyediakan makanan?

Jika ya, apakah bahan yang paling utama dan penting untuk masakan anda?

bunch of onions

Secara peribadinya, saya mempunyai jenis bawang yang saya gemari iaitu bawang merah dengan warna yang sedikit pekat atau lebih dikenali sebagai Red Onions.

Tahukan anda terdapat 6 jenis bawang yang terdapat di pasaran? Jadi, hari ini Tajria akan berkongsi kepada anda variasi bawang yang boleh anda cuba.

Bawang Merah atau Red Onion

Kebiasaannya, individu akan menggunakan bawang merah ini sewaktu menyediakan salad, sanwich, acar dan juga untuk panggangan.

pink and white garlic on white surface

Secara luarannya, ia mempunyai warna yang sedikit pekat iaitu seakan warna ungu tua. Dari segi rasa pula, bawang merah ini memiliki rasa pedas dan manis serta bau yang agak kuat.

Bawang Merah Mexico

Menarik mengenai bawang ini adalah ia hadir dengan rupa luaran bewarna putih. Ia juga bawang sering didapati di dalam salad, pasta dan juga makanan tradisional mexico.

bunch of garlic bulbs

Bawang putih ini memiliki rasa yang kuat namun, tida seperti bawang yang lain, rasa akhir dia adalah lebih lembut dan sedikit manis. Ia juga biasa disajikan di tempat barbeku dengan sepiring daging dan acar.

Sweet Onion atau Bawang Manis

Ia mempunyai tekstur warna yang pucat iaitu warna kuning cair. Bawang ini sangat sesuai untuk digunakan untuk menyediakan sup atau hiasan di dalam hidangan.

Tidak seperti bawang merah dan bawang Mexico, rasa dan bau bawang ini lebih ringan dan tidak begitu mengganggu rasa bahan yang lain.

white garlic on brown wooden table

Bawang Kuning

Bawang ini turut dikenali sebagai bawang Holland yang mana sangat kerap digunakan oleh kebanyakan individu.

Hal ini kerana, bawang Holland sesuai digunakan dalam pelbagai jenis masakan harian. Jika di negara Barat, bawang ini menjadi pilihan kerana ia baik dalam hidangan yang memerlukan caramelizing. Ia tidak terlalu manis dan baunya juga tidak terlalu kuat. 

Shallot

Jenis bawang merah ini ada sedikit rasa seakan bawang putih. Dari segi rupa, ia kelihatan seperti bawang Holland dan bawang manis. Ia juga sangat sesuai dijadikan sebagai dressing untuk salad.

brown wooden egg on black surface

Saiznya juga tidak besar seperti bawang-bawang yang lain. Untuk warna pula, ia menampilkan warna ungu pucat dan ia tumbuh dalam bentuk kluster.

Berikut adalah beberapa jenis bawang yang terdapat di pasaran. Setiap bawang ini mempunyai rasa dan bau yang berbeza selain turut ditawarkan untuk kegunaan yang berbeza. 

Komen