Hershey’s Sundae Pie Kini Kembali Di Burger King – Cip Coklat Asli Hershey’s Dengan Krim Coklat
Khusus untuk peminat coklat Hershey’s, Burger King kini membawakan kepada anda hidangan manisan atau pencuci mulut yang pasti memikat hati anda.
Pai sundae hadir dengan kerak coklat di bahagian bawah yang mana ia diisi dengan creme coklat dan vanila. Dan kemudiannya, diletakkan drizzle coklat dan cip coklat asli dari Hershey’s.
Sebelum ini, Burger King telahpun hadir dengan menu ini pada sekitar tahun 2015. Kali ini, ia hadir dengan kemaskini yang lebih menarik dan penawaran yang lebih menyelerakan.
Bagi yang berminat, pai ini boleh mula didapati di rangkaian restoran Burger King bermula 18 Disember 2020 pada harga RM6.50 setiap satu.