Ikuti 3 Tips Kreatif Untuk Menyusun Aplikasi Di Dalam Telefon Pintar
Jika anda terpaksa tatal ke kiri dan ke kanan untuk mencari satu aplikasi, atau mengambil masa sehingga 1 hingga 2 minit maka pastinya terdapat masalah dengan susunan aplikasi di telefon pintar anda.
Tidak dinafikan, mencari sesuatu aplikasi di dalam telefon pintar boleh menjadi sukar apabila aturan aplikasi berselerak dan tidak disusun dengan baik.
Lebih-lebih lagi jika anda mempunyai jumlah aplikasi yang banyak di dalam peranti. Oleh itu, bagi memastikan kelancaran pengendalian sewaktu menggunakan telefon pintar, Tajria ingin berkongsi kepada anda kaedah atau cara menyusun aplikasi secara kreatif.
Susun Berdasarkan Warna Logo
Cara ini adalah yang paling banyak orang lakukan. Ia bertujuan untuk memastikan susunan di dalam peranti lebih kemas kerana padanan warna yang bersesuaian.
Untuk pengetahuan anda, elemen ikon untuk setiap aplikasi ini direka khusus untuk mudah dikenali dan senang untuk diingati. Hal ini kerana, minda anda mengaitkan warna lebih cepat daripada label nama hitam dan putih selain warna dapat membantu anda menavigasi telefon anda dengan lebih pantas.
Bagi menambahkan lagi kelancaran navigasi, anda juga boleh menyusun aplikasi mengikut keselesaan jari anda. Sebagai contoh, letakkan aplikasi yang paling anda kerap guna di bahagian kanan tepi.
Cipta Dan Susun Fail Berdasarkan Kata Kerja
Namun, ada segelintir individu juga lebih gemar menyusun dan mengatur aplikasi mengikut kategori seperti kata kerja atau pun kata rujukan seperti “Hiburan”, “Bank”, “Sosial” ataupun ” Ruang Lepak”, “Makan Lapar”, ” Dengar Muzik” dan banyak lagi.
Melalui label fail seperti ini, ia dapat membantu anda melompat ke aplikasi yang anda cari jauh lebih cepat. Malah ia juga mengurangkan aktiviti untuk menatal kiri dan kanan untuk mencari aplikasi.
Susun Mengikut Abjad
Sekiranya anda sudah terbiasa dengan susunan abjad dari A hingga Z, kaedah ini mungkin sesuai untuk anda. Jika anda pengguna peranti iPhone, anda boleh menetapkannya secara automatik.
Caranya adalah:
- Pilih aplikasi Settings.
- Klik “General“
- Tatal ke bawah dan klik “Reset“
- Akhir sekali, pilih “Reset Home Screen Layout“
Walau bagaimanapun, untuk pengguna iPhone, anda boleh memuat-turun kemaskini iOS 14 yang mana ia telahpun menyusun aplikasi anda mengikut fail yang bersesuaian di bahagian App Library.
Di harap, perkongsian ini dapat membantu anda mencari dan menggunakan aplikasi dengan lebih mudah dan efisien. Selamat mencuba!