Délifrance Kini Kembali Beroperasi Di Malaysia – Boleh Didapati Di Publika

Bagi penggemar pastri, kopi dan teh di Malaysia, Délifrance kini telah membuka kembali kedai pertama mereka di Publika, Kuala Lumpur pada 12 Disember 2020 yang lepas.

Untuk pengetahuan anda, sebelum ini Délifrance pernah hadir di pasaran Malaysia pada tahun 1990, namun kedai ini dilihat telah menutup operasinya di Malaysia pada sekitar tahun 2016.

Délifrance adalah bakeri dan kafe yang menyajikan kepada pelanggan variasi jenis roti dan pastri asli daripada Perancis. Bukan itu sahaja, ia juga hadir dengan beberapa penawaran sandwic khas dan makanan panas, serta kopi segar untuk dinikmati pelanggan. 

Jadi, bagi yang berminat anda boleh mengunjungi Bakeri Delifrance bermula hari ini dan nikmati hidangan yang menyelerakan bersama keluarga dan juga rakan-rakan pada hujung minggu ini.

Alamat: Publika, Solaris Dutamas, 50480 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 8 pagi sehingga 8 malam