Carian
Malaysia Antara Negara yang Paling Terjejas Dengan Sindrom Wanderlost Di Asia Pasifik
December 18, 2020 Lina Rosli

Malaysia Antara Negara yang Paling Terjejas Dengan Sindrom Wanderlost Di Asia Pasifik

Rakyat Malaysia kini mengalami pelbagai gejala tarikan (withdrawal symptoms) kerana mereka sering menggunakan pelancongan ke luar negara, baik sebagai mekanisme untuk relaks mahupun mencari jodoh dan kawan baharu. Tinjauan Klook merungkai ‘Sindrom Wanderlost’ serta pelbagai kesan sekatan perjalanan dalam kalangan rakyat Malaysia.
 

Kuala Lumpur, 18 Disember 2020 — Melancong ke luar negara sentiasa menjadi sesuatu yang dinanti-nantikan oleh ramai rakyat Malaysia setiap hujung tahun. Namun, dengan sekatan perjalanan antarabangsa, kebebasan perjalanan kita telah terjejas, sekaligus menjejaskan kebahagiaan kita dari segi pekerjaan, kekeluargaan, dan hubungan. Klook, iaitu platform pelancongan dan percutian terkemuka di dunia, mengungkapkan fenomena ini sebagai ‘Sindrom Wanderlost’, iaitu pelbagai gejala yang dialami oleh seseorang akibat kurang melancong. Bagi mengkaji perkara ini, Klook telah menerajui satu tinjauan dengan YouGov, yang membabitkan 15,323 individu merentasi 13 pasaran di rantau Asia Pasifik. Di Malaysia, seramai 1,117 individu mengambil bahagian dalam tinjauan ini, yang telah mendedahkan 5 gejala ‘Wanderlost’ utama yang menjejaskan mereka.

Gejala ‘Wanderlost’ #1: Rakyat Malaysia tersepit antara ingin mengunjungi keluarga atau mengelakkan mereka

87% responden tempatan sedih kerana tidak dapat bersatu kembali dengan keluarga tahun ini disebabkan sekatan perjalanan, menjadikan Malaysia sebagai pasaran kedua yang paling terkesan dengan dilema ini selepas Filipina (89%).

Di samping itu, 60% responden tempatan mengakui ingin ‘melepaskan diri’ dari keluarga mereka, mengelakkan pertemuan keluarga dan pelbagai soalan daripada saudara-mara yang suka menjaga tepi kain orang, manakala 79% responden yang berpacaran tetapi belum berkahwin menyatakan paling terkesan dengan situasi ini. Pemerhatian ini boleh dikaitkan dengan situasi ‘terkurung’ bersama ahli keluarga dalam beberapa bulan ini semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

Gejala ‘Wanderlost’ #2: Rakyat Malaysia mengalami ‘musim kering’ dalam mencari jodoh

Ramai di rantau ini yang ingin mengembara untuk mencari jodoh. Disebabkan sekatan perjalanan antarabangsa, lebih daripada separuh responden tempatan (55%) berasa kumpulan ‘dating’ mereka telah terjejas, kerana peluang mereka untuk bertemu dan berpacaran dengan jodoh baharu telah berkurangan.

Di semua pasaran kecuali Taiwan dan Vietnam, 65% lelaki bujang tidak berpuas hati kerana tidak dapat menjalinkan persahabatan baharu serta bertemu jodoh-jodoh yang berlainan, berbanding dengan kaum wanita (56%).

Bagaimanapun, rasa tidak puas hati yang lebih tinggi telah diperhatikan dalam kalangan mereka yang berkahwin dan mempunyai anak, dengan kira-kira 6 daripada 10 responden ini tidak berpuas hati kerana tidak dapat melancong. Keadaan ini lebih terasa di pasaran seperti Hong Kong (87%) dan Malaysia (84%).

Gejala ‘Wanderlost’ #3: Rakyat Malaysia berasa melepaskan diri daripada tekanan kerja kini menjadi lebih susah

Dalam laporan berjudul “Cities With the Best Work-Life Balance 2020” oleh Kisi yang diterbitkan baru-baru ini, Kuala Lumpur didedahkan sebagai antara 5 bandar yang terlalu banyak bekerja, apabila diukur dengan satu indeks 19 faktor yang menentukan keseimbangan antara kerja dan kehidupan merentasi 50 bandar di seluruh dunia.

Dalam pada itu, hasil tinjauan ‘Sindrom Wanderlost’ Klook mendedahkan sentimen yang sama dengan Malaysia menduduki tempat pertama berbanding dengan 13 pasaran yang lain. 85% responden dari Malaysia menekankan mereka tidak dapat melepaskan dari tekanan kerja sepenuhnya kerana tidak dapat melancong ke tempat yang lebih jauh.

Selain itu, 73% responden tidak sanggup menghabiskan masa di negara asal mereka. Mereka berpendapat Malaysia bukan tempat yang baik untuk meluangkan hari cuti mereka. Pada pendapat mereka, hari cuti mereka terbazir sekiranya tidak dapat melancong ke luar negara.

Gejala ‘Wanderlost’ #4: Rakyat Malaysia berasa ianya lebih susah untuk mencipta kenangan bermakna dengan kawan dan keluarga, sekiranya tidak dapat melancong ke luar negara

Berbanding dengan 13 pasaran Asia Pasifik yang lain, Malaysia menduduki tempat pertama dalam kategori ini, dengan 92% responden tempatan menganggap pelancongan sebagai antara cara yang utama untuk mencipta kenangan bermakna bersama kawan dan keluarga.

Generasi Millennial bujang cenderung berasa tidak berpuas hati dengan keadaan ini berbanding dengan mana-mana kumpulan umur yang lain: Sebanyak 95% golongan bujang Malaysia tidak gembira kerana tidak dapat mencipta pengalaman dan kenangan dengan melancong bersama kawan dan orang tersayang pada tahun 2020.

Gejala ‘Wanderlost’ #5: Rakyat Malaysia berasa kecewa kerana terpaksa tinggal di rumah dan tidak dapat melancong

Walaupun terdapat banyak pilihan hiburan, 79% daripada responden tempatan – tertinggi berbanding dengan 13 pasaran yang lain, mendedahkan mereka telah bosan menonton rancangan TV atau video YouTube, dan lebih rela untuk melancong. 80% responden tempatan juga mengakui membekel-belek koleksi gambar pelancongan dahulu untuk mengenang semula memori lalu kerana tidak dapat melancong.

Emily Tan, Ketua Pemasaran Klook Malaysia berkongsi, “Tinjauan ‘Sindrom Wanderlost’ Klook mendedahkan rakyat Malaysia sangat ingin berhubung semula, meneroka, dan berseronok kembali melalui pelancongan. Walaupun perjalanan antarabangsa disekat, satu jalan penyelesaian yang mudah adalah dengan meneroka kampung halaman kita sendiri. Satu iktibar yang telah saya ambil daripada tahun ini adalah bersyukur dengan apa yang kita ada – kesihatan yang baik, rumah yang selesa, dan keindahan tanah air kita sendiri. Jadi, apa kata kita menggunakan hujung tahun ini untuk berehat dan mengenali semula Malaysia, apatah lagi sekatan perjalanan antara negeri telah ditarik balik awal bulan ini? Bermula daripada mencuba pelbagai perkara baharu seperti “staycation” sehingga pengalaman jamu selera yang unik, rakyat Malaysia dapat memanfaatkan pelbagai tawaran Klook yang yang ditambah nilai untuk mengenali semula bandar mereka bersama orang tersayang, dan menghidupkan kembali semangat melancong mereka.”

Wanderlost Double-Gifting: Melegakan sindrom Wanderlost dengan Kad E-Hadiah Baharu Klook

Bagi melegakan gejala-gelaja Wanderlost ini, Klook telah melancarkan Kad e-Hadiah di Malaysia. Pelanggan boleh membeli dan memperibadikan kad hadiah ini dan paling penting, memberikan hadiah yang tidak ternilai kepada kawan dan orang tersayang – iaitu pengalaman yang bermakna.

Lebih menarik lagi, kedua-dua pembeli dan penerima akan layak mendapat satu set baucar bonus bernilai RM10 setiap kali pembeli membeli kad e-hadiah bernilai RM100, hanya untuk tempoh terhad dari 20 hingga 25 Disember 2020.

Bagi pelanggan yang terlepas jualan ‘Wanderlost Double Gifting’, jangan bimbang! Kerana anda juga layak menebus satu baucar bernilai RM 10 bagi setiap pembelian kad e-hadiah bernilai RM100 bermula hari ini hingga 31 Disember 2020!

Jualan Hujung Tahun Klook: Start 2021 Right

Untuk mengubati Sindrom Wanderlost, Klook bakal menganjurkan jualan hujung tahun “Start 2021 Right” dari 21 hingga 31 Disember 2020, yang memberi peluang kepada pelanggan untuk menyertai permainan Spin to Win (Putar untuk Menang) dengan sebanyak 5,000 kod diskaun untuk direbut!

Selain itu, Klook akan menganjurkan jualan kilat Beli Satu Percuma Satu yang berlangsung dari 24 hingga 31 Disember 2020 untuk aktiviti-aktiviti berikut – Aquaria KLCC, Glamz Genting, Breakout Escape Room Experience in Kuala Lumpur dan Hauntu Immersive Experience in The LINC Kuala Lumpur. Pastikan anda menjadi yang pertama untuk merebut tawaran-tawaran ini kerana hanya terhad kepada 100 tempahan pertama sahaja!

Bagi rakyat Malaysia yang tercari-cari aktiviti menarik untuk dilakukan di kampung halaman anda, inilah masanya untuk menyertai pengembaraan anda yang seterusnya di:

Komen