Carian
Ini Adalah 5 Kelengkapan Yang Perlu Disediakan Di Dalam Kereta – Khusus Untuk Yang Kerap Memandu Jauh
December 21, 2020 Lina Rosli

Ini Adalah 5 Kelengkapan Yang Perlu Disediakan Di Dalam Kereta – Khusus Untuk Yang Kerap Memandu Jauh

Bagi anda yang kerap berjalan dan banyak menghabiskan masa di luar, sudah tentu kereta adalah rumah kedua buat anda. Oleh itu, anda perlu menyediakan segala keperluan yang anda perlukan di dalam kereta. Hal ini sebagai langkah persediaan jikalau berlaku sesuatu di luar jangkaan.

Photo Of Person Driving

Oleh itu, Tajria hari ini akan berkongsi kepada anda lima kelengkapan yang perlu anda sediakan di dalam kereta anda.

Pengecas Telefon Bimbit

Peranti pengecas telefon bimbit adalah satu perkara yang sangat penting dan wajib disediakan untuk kereta. Lebih-lebih lagi jika anda tidak mempunyai powerbank di dalam beg anda. Ia merupakan penyelamat sekiranya anda terlupa mengecas telefon bimbit anda pada malam sebelumnya ataupun anda tidak mempunyai cukup untuk digunakan sepanjang hari.

Bagi anda yang ingin mendapatkan pengecas telefon bimbit untuk kereta, anda boleh membelinya di kedai telefon atau platform edagang seperti Shopee dan Lazada.

Beli di Lazada
Beli di Shopee

Kabel Jumper

Pernahkah anda mengalami keadaan yang mana anda terlupa untuk mematikan lampu kereta anda sepanjang malam sehingga kehabisan bateri?

Jika ya, anda sudah tentu memerlukan kabel jumper untuk meminta bantuan pemilik kenderaan lain untuk membantu menghidupkan semula enjin kereta anda. 

Kabel jumper atau kabel penggalak ini merupakan kabel dengan klip buaya yang digunakan menghubungkan peralatan atau kenderaan yang kurang tenaga dengan sumber tambahan, seperti kenderaan atau peralatan lain dengan voltan sistem yang sama atau ke bateri lain.

Namun, anda juga boleh meminta bantuan daripada kedai bateri berdekatan atau platform bateriku.com bagi mengecas semula dan menukar bateri lain. 

Peti Pertolongan Cemas

Betul. Kereta anda perlu mempunyai peti pertolongan cemas atau peti alat bantuan. Kit pertolongan cemas di dalam kereta boleh berguna untuk semua jenis tujuan semasa anda berada di luar dan bukan hanya sekiranya berlaku kemalangan kereta.

Untuk mendapatkannya, anda boleh membeli peti pertolongan cemas ini di kedai farmasi atau rangkaian Guardian dan Watson berdekatan anda.

Beli di Guardian

Satu set pakaian tambahan

Sebenarnya, dengan menyediakan beberapa pakaian di dalam kereta dapat membantu anda dalam apa jua keadaan. Contohnya, anda mungkin mempunyai mesyuarat luar bandar yang mana anda baru sahaja menerima notis satu jam sebelum mesyuarat berlangsung. Maka, jika anda mempunyai pakaian tambahan, anda tidak perlu pulang ke rumah untuk mengambil baju.

Cap on Car Dashboard

Sebagai panduan, anda boleh menyediakan pakaian tambahan seperti berikut:

  • Satu set pakaian tidur dan pakaian harian
  • Kit penjagaan muka dan badan (pencuci muka, berus gigi dan ubat gigi, sabun dan syampu)
  • Kit kecantikan (deodoran, bedak, minyak wangi)
  • Stokin dan kasut atau selipar

Berikut adalah beberapa kelengkapan yang perlu anda sediakan di dalam kenderaan anda sebagai langkah persediaan untuk hari-hari yang mendatang. Selamat mencuba!

Komen