Pepsi Mengacah Minuman Edisi Terhad Terbaru – Pepsi ‘Cocoa’ Cola
Pepsi adalah antara jenama minuman soda yang popular dalam kalangan pencinta minuman berkarbonat.
Sebelum ini, jenama ini telah hadir dengan beberapa menu minuman yang dihidangkan di dalam air soda berkenaan iaitu Pepsi Ginger, Pepsi Citrus, Pepsi Vanilla dan banyak lagi.
Terbaru, Pepsi dilihat hadir dengan poster acah yang menampilkan air soda yang dihidangkan bersama koko dan juga marshmallow di dalamnya.
Berdasarkan ciapan Twitter yang dikongsikan, jika mereka memperolehi 2,021 ciapan semula untuk minuman berkenaan, Pepsi Test Kitchen akan mengeluarkan siri tersebut menjelang 2021 ini.
Secara peribadinya, saya sendiri pernah merasakan gabungan air kopi dan juga Pepsi sebelum ini. Ia boleh dikatakan agak sedap dan tidak seteruk yang dibayangkan. Namun, adakah pilihan koko dengan Pepsi ini memberikan rasa yang seakan sama?
Jadi, bersediakah anda dengan menu baru dari Pepsi ini?