Perbezaan Jenis Tomato – Kenali Tomato Yang Sesuai Untuk Setiap Hidangan
Tidak dinafikan, tomato adalah salah satu bahan yang agak penting di dalam sesetengah masakan. Ia membawakan rasa yang keenam di dalam masakan selepas rasa masin, masam, manis, pahit dan tawar.
Namun, tahukah anda bahawa terdapat beberapa jenis tomato yang dijual di pasaran. Perbezaan ini mungkin boleh didapati dari segi saiz, rasa dan juga tekstur.
Jadi, Tajria hari ini ingin berkongsi kepada anda beberapa jenis tomato yang boleh anda cuba dan hidangkan di dalam masakan.
Tomato Merah Beefsteak
Tomato Merah Beefsteak atau lebih dikenali sebagai Red Beefsteak Tomnato hadir dengan rasa klasik yang juga sesuai digandingkan dengan masakan menggunakan daging seperti daging panggang, sadwich ayam atau daging dan banyak lagi.
Jenis ini biasanya hadir dengan merah atau merah jambu dan mempunyai rongga biji yang padat. Oleh sebab itu, ia sangat sesuai jika dihiris dan dipanggang bagi mendapatkan jusnya.
Tomato Anggur
Untuk jenis tomato anggur pula, ia hadir dengan pelbagai warna yang membawakan rasa yang manis dan ada masanya ia mempunyai rasa yang kuat dan tajam.
Teksturnya pula kelihatan segar dan rangup kerana ia mempunyai yang lebih tebal berbanding yang lain. Jenis tomato ini sesuai dimasukkan ke dalam pasta atau menambah rasa pada stik daging, ayam atau ikan.
Tomato Ceri
Berbeza dengan tomato yang telah diperkenalkan di atas, tomato ceri mempunyai saiz yang kecil. Ia biasanya berwarna merah, tetapi juga boleh berwarna kuning, hijau, atau bahkan hitam. Tomato ceri biasanya lebih kecil daripada tomato anggur dan mempunyai tekstur yang lebih lembut.
Kebiasaannya, ia dihidangkan di dalam salad, pizza atau turut di makan bersama ikan salmon dan banyak lagi.
Tomato Roma
Tomato ini hadir dengan bentuk yang sedikit bujur dan bersaiz kecil. Jenis tomato ini sangat sesuai untuk membuat air rebusan, sos atau pes tomato yang baik untuk masakan.
Walau bagaimanapun, tidak seperti tomato Campari, ia tidak mempunyai rasa yang cukup manis selain mempunyai jenis kulit yang tebal yang mana ia tidak mudah hancur dan begitu sesuai jika digunakan di dalam panggangan.
Tomato Campari
Ia juga dikenali sebagai Tomato In The Vine yang mana ia seakan tomato ceri atau tomato anggur. Ia biasanya mempunyai warna merah pekat, paras keasidan rendah, rasa yang sangat manis dan tekstur yang berair.
Tomato campari juga dapat digunakan dalam memasak, apabila kandungan gula tinggi diinginkan. Ia sering disajikan secara segar di atas salad, mozzarella di atas pizza, sandwich dan juga sos salsa.
Secara peribadi, saya lebih menggemari tomato dengan rasa yang lembut. Ia haruslah membawakan rasa masam dan manis yang sekata serta tidak begitu besar.
Bagaimana pula dengan anda? Apakah tekstur tomato yang anda gemari dan bagaimana saiz dan rasa tomato memberi kesan kepada pemilihan buah tersebut untuk hidangan masakan anda.