Carian
Tahukah Anda Bahawa Hidangan ‘Butter Chicken’ Adalah Kari Ayam Di India?
December 22, 2020 Lina Rosli

Tahukah Anda Bahawa Hidangan ‘Butter Chicken’ Adalah Kari Ayam Di India?

Jika anda lihat di kebanyakan restoran dan kedai makan di Malaysia, sajian Butter Chicken atau ayam butter telah menjadi pilihan kebanyakan individu sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Namun, tahukah anda sebenarnya asal usul atau resepi asli ayam mentega adalah dari India yang mana sebenarnya ia adalah hidangan kari?

brown and green dish on brown wooden bowl

Hidangan ini yang juga dikenali sebagai Murgh Makhani dalam bahasa Hindi dan merupakan salah satu hidangan paling popular di dunia. Ia hadir dengan rasa yang pedas dan juga berkrim.

Asal Usul Butter Chicken

Hidangan Butter Chicken berasal dari Delhi iaitu ibu kota India. Ia mula diperkenalkan pada sekitar tahun 1950-an oleh seorang lelaki bernama Kundan Lal Gujral mengendalikan sebuah restoran yang dinamakan Moti Mahal.

Sebelum ini, Moti Mahal menyajikan hidangan tandoori yang mana ia dimasak melalui ketuhar tanah liat bulat. Jus perapan yang digunakan untuk menyediakan ayam tandoori adalah mentega, rempah ratus dan tomato.

India, Indiskmad, Ayam, Restoran, Sehat, Delemad

Seperti yang anda ketahui, ayam tandoori ini perlu dihidangkan panas bagi mendapatkan rasa yang lazat. Apabila ia disediakan untuk tempoh yang lama, ia tidak lagi segar dan akan terasa kering apabila dimakan.

Oleh itu, Gujral hadir dengan alternatif dan idea baru yang mana menyediakan hidangan kuah asas yang menggunakan bahan seperti tomato, mentega, krim dan beberapa rempah untuk menyaluti potongan ayam Tandoori supaya kekal lembap dan lebih enak. Maka, lahirlah hidangan Butter Chicken.

Naan, Ayam Mentega, Makanan India, Makanan, India

Kini, hidangan Butter Chicken ini boleh didapati bersama nasi dan juga hidangan barat lain seperti taco, pizza, roti dan burger. Butter Chicken ini dilihat telah banyak berevolusi dan telah diolah mengikut citarasa tempatan.

Hidangan Butter Chicken Di Malaysia

Mengapa Butter Chicken di kedai makan banyak yang berwarna putih dan tidak kelihatan seperti kari?

Jawapannya adalah kebanyakan hidangan Butter Chicken di Malaysia lebih ke arah berkrim yang juga dicampur dengan susu. Namun, pasti anda perasan yang mana hidangan ini masih menggunakan daun kari dan juga cili yang digoreng bersama mentega.

Buttermilk chicken yang terdapat di pasaran masih hadir dengan ciri kari namun rasanya lebih lembut dan ringan. Bezanya, ia tidak mengandungi cili merah atau kunyit. Biasanya dipasangkan dengan krim susu dan santan yang memberikan kesan warna “putih” pada sos.

Jadi apakah pendapat anda? Adakah anda menggemari rasa ayam mentega yang dipopularkan di Malaysia?

Komen