Carian
Agoda Kini Menawarkan Pilihan Pembayaran Ansuran Melalui Atome – Konsep “Beli Sekarang, Bayar Kemudian”
December 22, 2020 Lina Rosli

Agoda Kini Menawarkan Pilihan Pembayaran Ansuran Melalui Atome – Konsep “Beli Sekarang, Bayar Kemudian”

Platform pelancongan digital Agoda kini berkerjasama Atome, dalam menawarkan pilihan pembayaran “beli sekarang, bayar kemudian” di Asia yang mana membawakan servis yang lebih fleksibel.

Langkah ini dilihat dapat membantu dalam meningkatkan tempahan penginapan terlebih dahulu di Malaysia dan Singapura.

Agoda - Apps on Google Play

Bermula 21 Disember, para pelancong dari Malaysia dan Singapura boleh membuat pembayaran penginapan mereka dalam tiga pembayaran ansuran tanpa kadar faedah dan tanpa cas tambahan mahupun yuran perkhidmatan menerusi aplikasi Atome. Sebanyak 34,000 pilihan penginapan yang ditawarkan kepada pengguna.

Kaedah inovatif ini disasarkan untuk membantu orang ramai keluar melancong dengan menggunakan teknologi yang mempermudahkan proses pencarian, penempahan dan pembayaran. Pelancaran pilihan pembayaran ansuran kami dengan Atome membolehkan pelancong-pelancong Singapura dan Malaysia yang pernah mengalami kesulitan untuk membuat pembayaran.

Buat masa ini, pilihan pembayaran ini ditawarkan untuk pasaran Malaysia dan Singapura dan dijangka akan diperluaskan ke Indonesia, Philippines, Thailand, Vietnam dan juga Hong Kong serta Taiwan pada tahun 2021.

Komen