#Remember2020 – Apakah Kenangan 2020 Anda Bersama Grab?
Seperti Spotify, Grab kini dilihat hadir dengan kempen #Remember2020 yang memperlihatkan memori dan kenangan anda semasa menggunakan aplikasi Grab.
Ia menampilkan lebih 100,000 pemandu GrabCar yang telah melakukan penghantaran sepanjang 2020. Berdasarkan laporan itu juga, Grab juga telah membawa sebanyak 15,722 bisnes tradisional ke dalam GrabFood dan Grab Mart.
Malah, Grab turut melaporkan bahawa seramai 929,571 individu di Malaysia yang telah meninggalkan tip untuk rakan penghantar Grab pada tahun 2020. Dengan ini, ia menunjukkan keprihatinan individu di Malaysia di atas pengorbanan dan kepayahan yang ditempuhi oleh rakan penghantar sewaktu melakukan servis penghantaran.
Oleh itu, bagi anda yang ingin mengetahui dan juga mendapatkan laporan Grab #Remember2020 peribadi, anda boleh membuka bahagian mesej pada aplikasi Grab anda. Kemudian, pilih mesej ‘Your 2020 Year In Review’ dan tekan butang ‘Generate Report’.
Kongsikan detik manis anda bersama Grab, lebih-lebih lagi dalam memastikan kesinambungan dan peningkatan dalam sektor ekonomi di kala pandemik yang telah berlaku sepanjang tahun 2020 ini.
Layari aplikasi Grab anda bermula hari ini!