dUCK Menampilkan Rekaan Digital Kod QR – Menerusi Koleksi The 2020 dUCK
Jika anda perasan semenjak berlakunya wabak pandemik, rutin harian kita dilihat telah banyak berubah dan semua orang sudah mula selesa dalam mempratikkan norma baharu.
Ini termasuk tabiat mengimbas kod QR setiap kali berkunjung ke mana-mana kedai, restoran, ataupun sewaktu menaiki kenderaan seru-pandu dan juga berkunjung ke mana-mana lokasi yang mempunyai kontak.
Selari dengan trend ini, jenama fesyen tempatan Malaysia iaitu dUCK tidak ketinggalan dalam memperagakan rekaan kod QR di dalam seni fesyen. Ia hadir dengan rekaan yang lebih digital dengan penambilan menampilkan 8 variasi warna kod QR pada koleksi terbaru, iaitu The 2020 dUCK.
Bercakap mengenai kod QR lagi, jenama ini dilihat meletakkan sekitar 9 kod QR yang memuatkan 9 memori yang berlaku sepanjang tahun 2020 di dalam satu tudung. Menariknya, kesemua memori ini boleh dikenang dan diimbau semula melalui imbasan kod QR yang direka bersama corak digital pada shawl dan tudung.
Malah, koleksi The 2020 dUCK ini juga turut hadir dengan penawaran beg membeli-belah atau lebih dikenali sebagai dUCK Shopping Bag yang ditawarkan dalam empat jenis warna. Dari segi bahan yang digunakan, ia membawakan beg jenis kanvas yang mana ia kalis air dan ringan untuk dibawa kemana-mana sahaja.
Bagi anda yang ingin mendapatkan koleksi terbaru, anda boleh mula mendapatkannya bermula malam ini pada jam 10 di platform edagang FashionValet atau aplikasi mudah-alih FashionValet.