Carian
Bolehkah Terus Mencabut Kabel Kuasa Tanpa Mematikan TV Terlebih Dahulu?
December 23, 2020 Lina Rosli

Bolehkah Terus Mencabut Kabel Kuasa Tanpa Mematikan TV Terlebih Dahulu?

Adakah anda mempunyai tabiat yang mana anda hendak cepat ke bilik tidur atau malas untuk mematikan televisyen, jadinya anda terus menutup suis utama atau plug televisyen anda tanpa menekan butang switch off?

Namun, jika ia dilakukan secara kerap, adakah ia akan memberi kesan yang buruk pada televisyen anda?

Sebelum menjawab persoalan tersebut, berdasarkan manual pengguna yang dikeluarkan oleh pengeluar televisyen Phillips, untuk mematikan televisyen sepenuhnya, nyahsambungkan palam kuasa. Setiap kali anda memutuskan sambungan palam kuasa, tarik palam kuasa dan bukan kordnya.

Adakah televisyen akan mudah rosak jika kabel kuasa dicabut semasa televisyen berfungsi?

Jawapannya ya, televisyen anda mungkin berisiko untuk mengalami kerosakan sama ada pada kabel, soket mahupun peranti itu sendiri.

Oleh itu, langkah yang sebaiknya adalah dengan menetapkan televisyen anda di dalam mod bersedia (standby) terlebih dahulu dan kemudian tunggu beberapa minit sebelum mematikan bekalan utama.

turned-on flat screen television

Antara sebab mengapa anda tidak digalakkan untuk mencabut atau menutup terus plug utama atau mencabut kabel kuasa adalah kebiasaannya RPTV memiliki kipas akan tetap berjalan selama beberapa minit walaupun suis pemutus televisyen ditekan untuk menyejukkan keadaan.

Sementara untuk kebanyakan televisyen pintar moden akan melakukan kemaskini sistem yang memerlukan beberapa minit sebelum mendengar klik dalaman yang menyatakan keadaan kuasa rendah yang memasuki setelah dihidupkan.

Bukan itu sahaja, apabila televisyen anda dalam keadaan bersedia, ia dapat mengekalkan jam dalamannya, malah memudahkan kemaskkini perisian dilakukan.

Kesimpulannya, elakkan daripada menutup terus kabel kuasa yang disambungkan pada televisyen. Selain itu, anda juga digalakkan untuk mendedahkan televisyen kepada hujan atau air. Jika cecair tertumpah ke atas atau ke dalam televisyen, anda perlu memutuskan sambungan televisyen daripada salur kuasa dengan serta-merta.

Komen