Carian
Asal Usul Tisu Kertas – Kenapa Tisu Berwarna Putih?
December 24, 2020 Lina Rosli

Asal Usul Tisu Kertas – Kenapa Tisu Berwarna Putih?

Pernahkah anda terbayang yang mana tisu kertas atau tisu yang anda lihat pada hari ini tidak pernah diciptakan?

Untuk pengetahuan anda, sebelum tisu kertas diperkenalkan, masyarakat di serata dunia mempunyai kaedah dan idea yang berbeza untuk menjaga kebersihan diri. Sebilangan orang menggunakan batu atau span, daun, kayu dan banyak lagi. 

white toilet paper roll on white table

Penggunaan tisu tandas pertama yang dicatatkan bermula pada abad ke-6 China. Ia berlaku semasa Dinasti Tang yang mana seorang pengembara dari Arab di wilayah itu memberitahu  bahawa orang Cina tidak mencuci diri dengan air ketika mereka telah memenuhi keperluan, tetapi mereka hanya membasahkan diri dengan kertas.

Walau bagaimanapun, tisu kertas yang kita lihat sekarang adalah tidak sama dengan yang dahulu. Ia memakan masa beberapa abad sebelum dunia melihat apa-apa yang menyerupai kertas tandas seperti yang kita ketahui hari ini.

Pengenalan tisu tandas sebagai produk komersial mula tiba pada tahun 1857. Pada tahun itu, penemu Amerika Joseph Gayetty mula menjual paket tisu dengan 500 helaian dan dipasarkan sebagai Gayetty’s Medicated Paper pada harga 50 sen. Ia mula diperkenalkan kepada umum menjelang lwat tahun 1920-an.

white toilet paper roll on brown wooden box

Jenama Tisu Kertas Yang Pertama – Scott

Pada tahun 1871, Seth Wheeler telah mempatenkan rekaan tisu gulung dan menjadi syarikat pertama yang menjual tisu tandas secara bergulung.

Sementara pada tahun 1879, Thomas Seymour, Edward Irvin dan Clarence Wood Scott pula telah mendirikan Syarikat Tisu Kertas Scott di Philadelphia. Scott hadir dengan idea menjual bungkusan gulungan kecil dan kepingan yang disusun. Syarikat Scott Paper mula menghasilkan tisu kertas pada tahun 1896. Menjelang tahun 1925 Syarikat Scott menjadi syarikat kertas tandas terkemuka di dunia.

Walau bagaimanapun, sekitar tahun 1924, tisu muka pertama dicipta dan dihasilkan oleh pengeluar kertas Amerika Kimberly-Clark pada tahun 1924. Ia kini dikenali sebagai Kleenex. mengembangkan selulosa sebagai pengganti kapas dalam produk kebersihan semasa Perang Dunia Pertama.

Inovasi utama mereka adalah proses melembutkan kekakuan kertas dan meningkatkan isipadu, menjadikannya lebih lembut dan lebih menyerap berbanding tisu kertas yang dibuat oleh Joseph Gayetty. Pada zaman ini, Kleenex menjual 100 helai tisu pada harga 65 sen.

Bukan itu sahaja, Kimberly-Clark turut melancarkan produk tisu yang lain dibawah jenama Kotex. Dengan melapisi beberapa kepingan tisu, mereka mengembangkan bantal lembut dengan daya serap jauh lebih besar daripada bulu kapas tradisional. 

Pengalaman Pelanggan Mendorong Perkembangan

Dari Amerika Syarikat, pengeluaran tisu berkembang ke Eropah pada separuh pertama abad ke-20 dan akhirnya telah meluas ke setiap bahagian dunia juga.

Pengeluaran tisu terus berkembang sepanjang tempoh ini untuk memenuhi permintaan pasaran yang meningkat selain membawakan pengalaman yang lebih baik kepada umum. Seperti hari ini, pengeluar berusaha untuk memenuhi selera pengguna yang berubah-ubah, dan trend industri tisu datang dan mengikuti trend pengguna lain.

Kenapa Tisu Hadir Dengan Warna Putih?

Untuk pengetahuan anda, negara pengeluar terbesar untuk tisu kertas adalah China, dan diikuti oleh Amerika Syarikat, Japan, Jerman dan Korea.

Walaupun ia dihasilkan oleh kebanyakan negara, namun pernahkah anda terfikir mengapa tisu yang ditampilkan hadir dengan warna putih?

Secara amnya, kebanyakan tisu ini berwarna putih adalah disebabkan peluntur. Hal ini kerana, gam yang digunakan untuk menyatukan tisu adalah berwarna coklat.

person holding white toilet paper roll

Tambahan lagi, syarikat juga tidak ingin melabur dalam pembuatan tisu kertas berwarna kerana ia akan memakan kos yang tinggi sekaligus menjadikan tisu menjadi mahal.

Selain itu, tisu berwarna putih adalah lebih mesra alam. Tisu kertas putih terurai lebih cepat daripada yang berwarna. Dalam pada itu juga, syarikat akan memutihkan pulpa kayu dengan hidrogen peroksida atau klorin untuk menjadikannya lebih putih. Yang mana proses ini adalah untuk membuang bahan lignin dan melembutkan kertas.

Oleh itu, warna putih tisu kertas lebih banyak digunakan oleh ramai pengeluar dan dianggap lebih konvensional daripada tisu yang berwarna.

Sumber: Wikipedia, Startribune, Valmet

Komen