Carian
Tahukah Anda Lada Benggala Mempunyai Jantina – Mana Satu Yang Manis Atau Pedas?
December 28, 2020 Lina Rosli

Tahukah Anda Lada Benggala Mempunyai Jantina – Mana Satu Yang Manis Atau Pedas?

Seperti yang anda lihat di pasaran, anda akan mendapati bahawa terdapat tiga warna lada benggala iaitu merah, kuning dan hijau.

Adakah perbezaan warna ini akan memberikan rasa yang berbeza?

Jawapannya ya. Lada benggala berwarna hijau akan berasa sedikit pahit dan kurang manis jika dibandingkan dengan warna yang lain seperti kuning atau merah.

Kuning atau oren pula berasa lebih ke arah buah-buahan , kurang baih berbanding warna hijau.

Merah adalah warna yang paling banyak rasa dan manis. Ia sesuai untuk digunakan dalam panggangan atau masukkan ke dalam salad dan hidangan BBQ.

pile of bell peppers and beans at the grocery

Tahukah anda lada benggala mempunyai jantina dan ianya yang membezakan rasa dan tekstur pada lada tersebut?

Untuk mengenali jantinanya, Tajria akan berkongsi tips kepada anda cara mengetahui jenis dan jantinan lada benggala yang sesuai untuk digunakan di dalam hidangan.

two red bell peppers

Pertama, pusingkan lada benggala yang anda pilih dan lihat bahagian bawah lada. Jika bahagian bawah lada terdapat 3 lekuk atau bumps ia adalah jenis lelaki yang mana ia lebih baik digunakan di dalam hidangan yang perlu dimasak seperti panggang, bakar dan lain-lain.

Sementara jika 4 lekuk pula lada tersebut berjantina perempuan yang mana ia lebih banyak biji selain manis dan sesuai untuk dimakan mentah.

Menarik bukan? Oleh itu, bagi anda yang menggemari lada benggala yang manis, anda perlu memilih bahagian bawah dengan 4 lekuk dan pilih warna kuning atau merah. Namun, anda masih boleh memilih kesemua warna jika anda inginkan hidangan nampak lebih menyelerakan. Selamat mencuba!

 

Komen