Jumlah Keseluruhan Kes Aktif Melebihi 20,000 – Amalkan 5 Langkah Pencegahan Ini Setiap Hari

Untuk pengetahuan anda, kerajaan Malaysia dilihat telah membelanjakan sebanyak RM2.05 Bilion untuk menawarkan vaksin kepada semua rakyat Malaysia. Hal ini bagi memastikan kesihatan rakyat terjaga. Bersama-sama dengannya, vaksin Pfizer akan menawarkan dos vaksin seawal suku pertama 2021 kelak selain akan dihantar dalam empat fasa.

Walaupun vaksin ini dijangka akan diberikan kepada 83 peratus rakyat Malaysia menjelang 2021 ini yang mana ia akan diagihkan secara berperingkat kepada golongan berisiko, Centers for Disease Control and Prevention (CDC) masih mencadangkan anda untuk kekal dan tetap mengamalkan langkah pencegahan kendiri pada setiap waktu.

people walking on sidewalk during daytime

Ia termasuk mengamalkan pemakaian pelitup muka, membersihkan tangan menggunakan air dan sabun dan menggunakan pensanitasi tangan yang mengandungi 70% alkohol.

Pensanitasi tangan berasaskan alkohol boleh mengurangkan jumlah mikrobakteria atau kuman di tangan dalam beberapa keadaan dan sangat sesuai digunakan apabila anda berada di luar. Namun, ia tidak berkesan 100 peratus dalam menghapuskan semua jenis kuman.

Oleh itu, anda masih perlu mencuci tangan dengan sabun dan mandi sejurus selepas pulang dari mana-mana kawasan yang dikunjungi.

Antara langkah pencegahan turut disyorkan oleh CDC termasuk:

  1. Basuh tangan anda menggunakan sabun dan air selama 20 saat. Atau jika anda berada di luar atau tempat awam, anda boleh menggunakan pembersih tangan berasaskan alkohol bagi mencuci tangan anda.
  2. Elakkan daripada menyentuh mata, hidung, dan mulut anda dengan tangan yang tidak dicuci.
  3. Tutup mulut anda apabila batuk atau bersin menggunakan tisu. Jika anda sakit, kurangkan aktiviti di luar rumah.
  4. Gunakan pelitup muka apabila pergi ke tempat awam atau kawasan yang ramai orang.
  5. Bersihkan dan basmi kuman pada objek yang terdedah dengan sentuhan seperti alat kawalan jauh, sinki, cawan, meja dan lain-lain.

Bukan itu sahaja, di kebanyakan kes juga, sebilangan individu yang disahkan positif Covid-19 ini juga dilihat tidak hadir dengan gejala atau simptom yang jelas. Oleh itu, anda dinasihatkan perlu berhati-hati dan sentiasa melihat keadaan diri anda. Sekiranya anda mendapati anda telah hilang deri bau, maka anda disarankan untuk menjalani kuarantin kendiri atau mendapatkan ujian swab di klinik kesihatan berdekatan.

________________________________________________________________________

Akhir sekali, bagi melindungi diri anda daripada virus ini, anda perlu mempersiapkan diri dengan beberapa langkah pencegahan selain memastikan anda mengetahui kemaskini terkini tentang wabak yang melanda di seluruh dunia.

Sumber: WHO , CDC , Healthline