Ini adalah 3 Langkah Mudah Untuk Mengedap Semula Plastik Makanan Dan Snek

Kebiasaannya, untuk menyimpan semula makanan dan snek yang belum habis di makan, kebanyakan individu akan mengikat plastik tersebut menggunakan getah. Hal ini bagi memastikan snek anda kekal segar dan rangup.

Terdapat bermacam-macam cara yang dipraktikkan dalam memastikan snek tersebut boleh dimakan untuk jangka masa yang lama. Berikut adalah tiga langkah mudah yang ingin Tajria kongsikan untuk mengedap semula plastik makanan anda.

Teknik ini memerlukan anda untuk menyediakan pemetik api atau mancis. Anda juga boleh menggunakan lilin atau dapur gas bagi memastikan api lebih kekal lama. 

Langkah 1 – Keluarkan udara di dalam plastik snek

Untuk mengeluarkan udara yang berlebihan ini, anda perlu menekan dan menipiskan ruang udara di dalam plastik. Untuk lebih mudah, anda boleh menggunakan pembaris untuk melancarkan udara ataupun sudu.

Langkah 2 – Lipat dan buat lipastan baru pada plastik

Lipat tepi beg plastik anda di atas pembaris anda dan menentukan lipatan yang baru pada beg tersebut. Anda juga mengikut lipatan sedia ada pada beg atau pun melipat plastik mengikut kuantiti yang tinggal di dalamnya.

Orthotic Technician Making Ankle Foot Orthosis

Langkah 3 – Gunakan alat pemanas seperti pemetik api dan lilin

Panaskan bahagian lipatan pada beg plastik untuk anda mengedap semula beg snek anda. Melaluinya, ia akan menyekat daripada udara atau serangga masuk ke dalamnya. Malah, ia juga dapat memastikan snek atau makanan anda kekal segar

Untuk mengedapnya, anda boleh menghalakan api ke tepi beg dan jalankan perlahan-lahan di sepanjang tepi beg sehingga beg ditutup sepenuhnya. Anda juga boleh menggunakan mesih seal yang tersedia di pasaran.

________________________________________________________________________

Hanya dengan tiga langkah mudah ini, anda dapat memastikan beg plastik anda ditutup dengan sempurna. Kaedah kami bukan sahaja berkesan, tetapi ia juga merupakan kaedah yang sangat menarik dan berguna yang membantu anda untuk menyimpan barang-barang yang disimpan dalam beg untuk tahun-tahun akan datang. Selamat mencuba!