Ini Adalah 4 Aplikasi Catatan Audio Nota – Catat Dan Rakam Nota Dengan Lebih Mudah
Apabila anda hadir ke mesyuarat dan juga perbincangan, pastinya ia memerlukan anda untuk mencatat dan menulis maklumat penting yang dibincangkan.
Tidak dinafikan terdapat bermacam-macam jenis aplikasi yang boleh anda gunakan untuk memudahkan catatan nota. Namun, tahukah anda aplikasi apa yang sesuai yang boleh anda gunakan?
Oleh itu, Tajria hari ini hadir dengan 5 senarai aplikasi nota yang hadir dengan sokongan untuk audio.
Noted
Noted adalah aplikasi pengambilan nota yang diintegrasi dengan sokongan rakaman audio. Ia sangat sesuai untuk kuliah, mesyuarat, wawancara dan persidangan, yang mana membolehkan anda membuat catatan butiran penting.
Dengan ini, anda tidak perlu bimbang tentang menelusuri halaman nota atau jam audio lagi. Malah, anda boleh selaraskan pengambilan nota dengan audio di peranti iOS dan macOS.
Antara aktiviti yang boleh anda lakukan menerusinya termasuk:
- Penyunting teks berdasarkan format yang dipilih
- Mengimport gambar sebagai rujukan
- Mengubah suara anda menjadi teks menggunakan Diksi.
Bagi yang berminat, anda boleh muat turun aplikasi di App Store.
Sonocent
Sonocent Audio Notetaker adalah aplikasi untuk Windows atau Mac yang memudahkan individu merakam dan mencatat nota dalam masa yang sama.
Melaluinya, anda boleh membuat dokumen yang merangkumi audio, teks dan gambar dan mengimportnya ke dalam dokumen. Ciri utama adalah cara rakaman visualisasi dan navigasi. Semasa anda mengimport rakaman, ia akan diterjermahkan di dalam bentuk bar di panel besar. Setiap bar mewakili frasa, ditentukan oleh Audio Notetaker mengikut jeda dalam ucapan.
Layari laman rasmi Sonocent untuk maklumat lanjut.
Muat turun aplikasi ini di Play Store dan juga App Store.
Super Notes
Sekiranya anda seorang yang kerap menghadiri ke mesyuarat ataupun pelajar kolej dan ingin merakam nota penting sewaktu berada di dalam kuliah boleh menggunakan aplikasi Super Notes.
Ia merupakan aplikasi nota audio yang sangat berguna untuk merakam audio yang berbentuk panjang dan memainkannya semula pada kemudian hari.
Anda juga boleh mencatat dalam aplikasi semasa rakaman sedang berlangsung. Ini menjadikannya ideal semasa ucapan atau perjumpaan apabila anda ingin mencatat dan tidak ketinggalan satu perkataan.
Versi percuma aplikasi ini membolehkan anda membuat beberapa nota dengan fungsi penuh, tetapi anda ingin membeli versi pro jika anda berhasrat untuk menggunakan aplikasi ini dalam jangka masa panjang.
Muat turun aplikasi ini di kedai aplikasi App Store.
AudioNote
AudioNote terkenal sebagai aplikasi mudah alih terbaik untuk mencatat artikel yang panjang, emel dan juga keseluruhan buku. Aplikasi mudah alih percuma ini merupakan salah satu alatan catatan nota yang sesuai untuk pelbagai jenis konteks.
Walau bagaimanapun, penggunaan aplikasi ini terhad untuk 600 minit sebulan sahaja. Jika ingin menggunakannya dengan lebih baik, anda boleh melanggan pada harga sekitar
Untuk memuat-turun anda boleh dapatkan di kedai aplikasi App Store dan juga Play Store.
Berikut adalah beberapa aplikasi yang boleh anda muat turun dan gunakan dalam mencatat dan merakam nota audio dengan lebih mudah. Selamat mencuba!