Tahukah Anda Perbezaan Limau Dan Lemon – Berasal Dari Kumpulan Sitrus Tetapi Beralkali?
Seperti yang anda ketahui, limau dan lemon adalah dari kumpulan sitrus yang agak popular dalam kalangan individu.
Tidak hanya digunakan untuk masakan, malah ia turut disediakan dalam bentuk jus dan juga dijadikan sebagai pewangi.
Walau bagaimanapun, tahukah anda apakah perbezaan limau dan lemon selain daripada rupa dan warnanya?
Jadi hari ini, Tajria akan berkongsi beberapa perkara menarik mengenai limau dan lemon.
Limau Lebih Pahit, Manakala Lemon Lebih Manis
Untuk pengetahuan anda, walaupun kedua-duanya menghasilkan rasa masa yang seakan sama, namun terdapat sedikit perbezaan dari segi rasa dan kesesuain penggunaannya di dalam masakan.
Dari segi perisa, lemon mempunyai rasa masam dengan kira-kira 2% jumlah gula sementara limau pahit mempunyai antara 0.5% hingga 0.75%. Menariknya, lemon sedikit lebih manis daripada limau.
Limau boleh dikatakan adalah lebih pahit dan sesuai untuk hidangan savuri atau tidak manis. Sedangkan, lemon pula hadir dengan rasa manis lemon yang mana ia sesuai untuk anda yang menginginkan rasa masa masam yang lebih lembut.
“Limau Kuning Adalah Bukan Lemon, Lemon Hijau Adalah Bukan Limau”
Seperti yang telah disebutkan di atas, warna tidak menentukan sama ada ia adalah lemon atau limau.
Tidak dinafikan, kebiasaannya lemon berwarna kuning dan lebih besar daripada limau selain berbentuk elipsoidal. Sementara limau pula berwarna hijau, kecil, dan biasanya bulat.
Oleh kerana komposisi asid berbeza, limau lebih berasid daripada lemon.
Jadi, sudahkah anda jelas dengan perbezaan di antara lemon dan limau? Manfaat lemon dan limau tidak tertakluk kepada makanan sahaja. Buah-buahan ini boleh digunakan dalam beberapa cara di sekitar rumah anda juga.
Sebagai contoh, lemon adalah antiseptik semula jadi yang kuat. Itulah sebabnya ia biasa digunakan dalam sabun dan pembersih isi rumah yang lain. Malah, kulit lemon juga boleh digunakan untuk kerja-kerja dapur seperti membersihkan papan pemotong dan menggosok bahagian kerak pada periuk dan kuali. Selamat mencuba!