Carian
Asal Usul Cecair Pemadam – Idea Awalnya Untuk Menyelamatkan Setiausaha Daripada Dipecat
December 29, 2020 Lina Rosli

Asal Usul Cecair Pemadam – Idea Awalnya Untuk Menyelamatkan Setiausaha Daripada Dipecat

Tidak pasti sama ada anda mengingati dan juga masih menggunakan cecair pemadam atau liquid paper ini sewaktu membetulkan kesilapan ejaan pada kertas.

Tahukah anda, cecair pemadam ini pada dahulunya pernah menjadi fenomena dalam kalangan pekerja pejabat dan para setiausaha? Ia dikategorikan sebagai penyelamat kepada mereka sekiranya berlaku kesilapan pada surat atau laporan yang akan diserahkan kepada para eksekutif.

Dahulunya, kesilapan ejaan yang sedikit dan terlalu kecil ini mampu menghancurkan banyak masa dan usaha yang berharga. Malah, apabila menggunakan mesin taip elektrik, untuk menutup kesalahan padanya adalah sukar selain akan meninggalkan kerosakan pada kertas tersebut.

Close-up Photo of Gray Typewriter

Untuk mengetahui asal usul cecair pemadam lebih lanjut, Tajria akan berkongsi kepada anda siapakah yang pertama mencipta cecair pemadam dan bagaimana ia boleh berkembang secara meluas?

Nama Asalnya Dipanggil Mistake Out

Cecair pemadam ini dicipta pada sekitar tahun 1956-an oleh Bette Nesmith Graham. Beliau merupakan seorang ibu tunggal yang bekerja sebagai setiausaha kepada Pengerusi Texas Bank dan Trust di Dallas.

Kemudiannya, beliau dinaikkan pangkat menjadi setiausaha eksekutif. Oleh sebab kerjanya sebagai setiausaha memerlukan beliau menyediakan berpuluh laporan dan surat yang perlu disemak oleh para eksekutif, maka ianya perlulah sempurna dan bebas daripada kesilapan.

Oleh sebab itu, beliau hadir dengan produk yang dinamakan Mistake Out. Ideanya bermula apabila beliau terlihat seorang pelukis yang membetulkan kesilapan pada lukisannya dengan warna yang sama dengan dinding lukisan.

Sumber: Wikipedia

Jadi, Graham mengambil keputusan untuk mencipta cecair pemadam untuk menutup kesilapan pada kertas. Beliau mencampurkan sedikit cat air tempera dan dipadankan dengan warna hampir sama dengan alat tulisnya. Kemudian, Graham mengisar campuran tersebut di dalam pengisar di dapur rumahnya.

Mistake Out Mengambil Masa 5 Tahun Sebelum Dipasarkan Kepada Umum

Setelah tidak lagi menjadi setiausaha, beliau seterusnya lebih fokus di dalam perniagaan cecair pemadamnya. Ia telah menjadi satu fenomena dalam kalangan setiausaha yang mana permintaan produknya meningkat secara mendadak.

Ia kemudiannya muncul di dalam majalah perdagangan pejabat dan telah menarik hampir 500 pesanan dari seluruh negara dan 400 tambahan pesanan dalam tiga warna kertas dari General Electric. Perniagaan berkembang pesat, tetapi kemahiran menaip Graham masih lagi teruk dan akhirnya membuatnya dipecat dari pekerjaannya.

Cecair pemadam di The Women’s Museum di Dallas, Texas – Wikipedia

Pada tahun 1958, Graham dipecat kerana kesilapannya secara tidak sengaja meletakkan nama syarikatnya sendiri di surat majikannya.

Menjelang tahun 1967, perniagaannya telah berkembang menjadi perniagaan berjuta-juta dolar. Pada tahun 1968, dia berpindah ke kilang dan ibu pejabat korporatnya sendiri di Dallas dengan operasi automatik. Mistake Out kini dijenamakan semula kepada Liquid Paper. Pada tahun itu, Graham menjual satu juta botol.

Tetapi, kejayaan Graham tidak berakhir dengan begitu indah, beliau mengundurkan diri sebagai Pengerusi dan jawatan beliau diambil-alih oleh bekas suaminya Robert Graham. Pengambil-alihan kuasa ini menyebabkan dia dilarang membuat keputusan korporat, kehilangan akses ke premis, dan syarikat mengubah formula sehingga dia akan kehilangan royalti.

Pada tahun 2000, produk dan nama jenama Liquid Paper diperoleh oleh Newell Rubbermaid yang kini dikenali sebagai Newell Brands. Di beberapa wilayah di dunia, Liquid Paper kini disokong oleh Papermate yang merupakan jenama alat tulis yang terkenal.

Sumber: Wikipedia, Thought Co, CNBC

 

Komen