Carian
Single Lagi, Perlukah Buat Hibah Takaful Ni?
December 29, 2020 Azrina Rusni

Orang single tidak perlu buat hibah? Serius? Tidak perlulah rasanya, tanggungan pun bukan ada. Mahu enjoy enjoy dulu la. Nanti lepas kahwin, baru fikir pasal takaful ni.

Betul kita belum ada anak-anak, pasangan, untuk dijaga kebajikan. Tapi ingat, kita ada ibubapa yang semakin uzur, ada antara mereka yang tidak lagi mampu bekerja, ada yang sudah bersara.

Bayangkan, kita sakit kemalangan, nauzubillah, siapa yang akan jaga, rawat kita? Siapa yang akan terganggu emosi, terbeban dengan kos rawatan kita? Siapa lagi kalau bukan ibubapa kita?

Dari dalam perut, sampai lahir ke dunia, dari merangkak sampai mampu berlari, dari pusat asuhan, tabika, prasekolah, sampai genggam segulung ijazah, mereka sudah berhabis banyak duit, tenaga, untuk besarkan kita.

Why not, hari ni kita sediakan hibah, untuk ringankan beban kewangan mereka? Mereka sudah tidak bekerja, mungkin bergantung dengan duit persaraan, bantuan kebajikan, atau mungkin pendapatan kita. Apa-apa berlaku dengan kita, macam mana mereka mahu teruskan hidup?

Itu kehilangan sumber kebergantungan. Belum kira lagi beban emosi, adakah ibubapa sanggup tengok anak terlantar sakit? Ada ibubapa tidak menangis kehilangan anak? Ada ibubapa sanggup biar anak lumpuh, hilang upaya kekal hidup sendiri?

Kita mungkin tidak mampu balas segala jasa, keringat, tenaga yang sudah mereka keluarkan sejak kita dalam kandungan, tapi kita boleh usahakan, ringankan beban mereka. Salah satu ikhtiarnya, sediakan hibah takaful.

Kenapa hibah? Sebab dapat terus diberi kepada mereka tanpa perlu melalui faraid. Bukan faraid ni tidak bagus, cuma sebab perlu berlaku adil, maka memerlukan bantuan orang yang pakar, institusi yang mahir kendalikan urusan harta.

Jika kita sebagai anak mati, nauzubillah, hibah tu pengganti pendapatan kita, untuk bantu mereka teruskan hidup. Jika kita hilang upaya kekal, lumpuh, hibah tu la dapat bantu mereka untuk rawat, jaga kita. Mungkin tidak la seumur hidup dapat bantu, tapi at least ada ringan beban tu sikit.

Ingat, tidak mampu buat semua, kita usahakan mana yang mampu. Tidak dapat angkat semua beban, at least dapat ringankan pun sudah memadai. Tiada umur atau masa tertentu bila sebut mati, setiap yang bernyawa tu bila-bila boleh dipanggil kembali, tidak kira muda atau tua. Ajal bukan ditangan kita.

Hadiahkan hibah untuk orang tua kita, ‘ibu, ayah, ini hadiah adik/abang/kakak/along/usu untuk ibu ayah, sekiranya saya pergi dulu, saya harap hibah ni dapat bantu ringankan beban ibu dan ayah.’

Tidak perlu tunggu hari ibu, hari ayah, sebab setiap hari adalah hari mereka. Moga Allah SWT ampunkan dosa-dosa mereka & beri mereka kesihatan, kebahagiaan, perlindungan di mana pun mereka berada.

Komen