Pelitup Muka Kekal Sohor Kini Untuk 2021 – Ini 5 Jenama Fesyen Yang Tawar Versi Guna Semula
Nampaknya, trend penggunaan pelitup muka dan juga pensanitasi tangan dilihat akan kekal sebagai item fesyen yang sohor kini dalam kalangan rakyat Malaysia. Ia adalah rentetan daripada penularan wabak Covid-19 yang semakin meruncing.
Sebelum ini, pelitup muka biasanya dipakai pada musim jerebu atau segelintir acara tahunan di kebanyakan negara di Asia.
Berdasarkan data yang dikongsikan Statista sehingga Oktober 2020, purata penggunaan pelitup muka di kawasan awam dalam kalangan individu mencecah 76 peratus. Jumlah ini mungkin disebabkan oleh saranan kerajaan dan juga KKM yang menggalakkan pemakaian pelitup muka sewaktu berada di luar.

Disebabkan ini juga, ia telah sedikit sebanyak mengubah trend di dalam industri fesyen. Pereka fesyen di Malaysia dilihat hadir dengan variasi dan ciptaan pelitup muka yang tersendiri. Ini termasuk beberapa rekaan pelitup muka jenis kain yang lebih menarik yang mana ia boleh dicuci serta digunakan semula.
Sepanjang tahun 2020 ini, banyak jenama tempatan telah mula terlibat dengan penawaran pelitup muka ini termasuk Rizman Ruzaini, Melinda Looi, Khoon Hooi, Uniqlo AlRism, The dUCK Group, Naelofar, Inner Sejuk dan banyak lagi.
Malah, pelitup mula yang ditawarkan juga hadir dengan poket tambahan yang memudahkan penyimpanan sewaktu anda tidak menggunakannya.
Bagaimana Trend Pelitup Muka Pada Tahun 2021?
Pasaran global pelitup muka dilihat telah mencapai nilai sehingga RM18.2 bilion pada 2019. Sementara pertumbuhan disasarkan akan mencecah RM131.7 bilion menjelang 2027 menurut laporan yang diterbitkan Polaris Market Research.
Dengan pandemik Covid-19 dijangka akan berlanjutan pada tahun hadapan, maka permintaan pelitup muka ini diunjurkan melonjak dengan ketara.
Berikut adalah beberapa jenama pelitup muka guna semula yang boleh anda dapatkan:
Inner Sejuk
Jenama ini hadir dengan pelbagai pilihan rekaan dan corak untuk pelitup muka. Ia juga membawakan dua jenis pelitup muka iaitu untuk kanak-kanak dan juga dewa.
Bagi yang berminat, ia ditawarkan pada harga bermula RM18 sehelai.

Jovian RTW
Tidak ketinggalan, jenama fesyen oleh Jovian Mandagie juga hadir dengan beberapa pilihan pelitup muka sama ada bercorak dan juga tanpa corak. Malah ia, turut hadir dengan aksesori pelengkap seperti face mask extension.
Bagi yang berminat, pelitup muka ini ditawarkan pada harga bermula RM34 sehelai.

Naelofar
Tampil berbeza dengan jenama-jenama yang lain, Naelofar hadir dengan set pelitup muka yang membawakan penapis tambahan, pensanitasi tangan, pouch dan juga mask extension. Kesemuanya dibawakan di dalam satu koleksi dengan variasi pilihan warna.
Anda boleh membelinya pada harga RM89 per set.

The dUCK Group
Bergerak selari dengan trend fesyen di Malaysia, The dUCK Group turut memperkenalkan barisan pelitup muka di bawah jenama dUCK dan juga LILIT.
Dari segi rekaan, jenama ini telah menawarkan 5 jenis rekaan iaitu jenis jersi, monogram, lace, chiffon pleated dan juga chiffon scallop. Sementara untuk LILIT. pula, ia hadir dengan rekaan yang lebih minimalis iaitu tanpa corak.
Anda boleh mula mendapatkan kesemua jenis pelitup muka ini di FashionValet pada harga bermula RM80 untuk jenama dUCK dan RM19 untuk jenama LILIT.

FIZIWOO
Seterusnya, FIZIWOO turut hadir denga pelitup muka yang boleh dicuci diperbuat dari bahan polyblend yang mudah bernafas, lapisan sutera satin dan mempunyai gelung telinga elastik untuk sedikit peregangan dan banyak keselesaan.
Bagi yang berminat, dapatkan pelitup muka dari FIZIWOO ini bermula hari ini pada harga bermula RM48 sehelai.

Anda juga boleh melihat pelbagai jenama tempatan lain untuk mendapatkan pelitup muka guna semula yang memenuhi kriteria anda.