Tahukah Anda Mancis Dicipta Tanpa Sengaja – Kilang Mancis Malaysia Pertama Adalah Di Kelantan

Sebelum adanya kemudahan elektrik, masyarakat zaman dahulu menggunakan lampu minyak tanah, lilin dan lain-lain. Ia digunakan untuk menerangi rumah setelah gelap.

Tahukah anda bahawa sumber pencahayaan ini lebih redup berbanding mentol yang mana satu lampu 60 watt memberi anda jumlah cahaya yang sama dengan 100 lilin.

person holding lit candle near palm

Beralih kepada penghasilan cahaya, salah satu peralatan dicipta untuk menghasilkan cahaya adalah mancis. Ciptaan ini boleh dikatakan antara yang paling memberi impak kepada kehidupan seharian. Melaluinya, masyarakat tidak lagi perlu menggunakan bahan seperti batu atau bateri dengan kapas untuk membuat percikan api yang akan menyalakan api.

Bilakah Mancis Mula Diperkenalkan?

Menurut sumber terdahulu, seorang saintis membuat penemuan mancis secara tidak sengaja. 

Namun, apakah kisah di sebalik penemuan ini?

Permintaan untuk api dalam kehidupan pada sekitar tahun 1805 dilihat semakin meningkat. Ramai saintis mula mencari formula untuk mencipta peralatan untuk menyalakan api.

closeup photo of lighted matches on box placed on grass

Antara saintis yang mencuba untuk menciptanya termasuk saintis muda Perancis, Jean Chancel yang ingin mencipta batang yang boleh menyala dengan sendirinya. Dia berjaya mencipta api, tetapi dalam bentuk yang tidak terkawal dan berbahaya. Penemuannya mengandungi campuran berbahaya kalium klorat, sulfur, gula, getah, dan sebotol asbestos yang diisi dengan asid sulfurik. 

Kepala mancis yang dicipta terdiri daripada campuran kalium klorida, belerang, gula dan getah. Ia dinyalakan dengan mencelup hujung mancis kedalam botol asbestos kecil yang mengandungi asid sulfirik. Mancis sebegini agak mahal dan kegunaanya adalah berbahaya.

Mancis dicipta secara tidak sengaja pada tahun 1826

Pada tahun 1826, John Walker, seorang ahli kimia di Stockton on Tees dilihat mengalami kemalangan yang dianggap bertuah. Hal ini kerana, kemalangan tersebut telah membawa kepada penciptaan kaedah terbaru untuk menyalakan api.

Beliau mendapati api boleh dihidupkan menggunakan sebatang kayu yang dilapisi bahan kimia mudah terbakar.

Selepas dari itu, dia melakukan beberapa percubaan lain untuk menyalakan api melalui geseran. Sehingga separuh pertama abad ke-19, proses pembuatan api adalah sangat perlahan dan sukar.

Kejayaan pertama Walker adalah pada tahun 1827. Beliau menjual peralatan menyalakan api yang dinamakan “Friction Light” pada 12 April 1827 di farmasinya di Stockton on Tees.

Mancis geseran yang dicipta Walker diperbuat daripada kadbod serta menggunakan serpihan kayu yang dipotong dengan tangan. Ia dibungkus di dalam kotak kadbod dan ditampal dengan sekeping kertas pasir.

Apa yang menyedihkan adalah, John Walker tidak sempat untuk mempatenkan ciptaannya yang mana idea ini diambil oleh Samuel Jones pada tahun 1829 yang dipanggil Lucifers. Walker dilihat lambat dalam mendaftar paten untuk produknya kerana ingin memastikan mancis tersebut lebih sempurna dan selamat untuk digunakan.

Mancis yang dilihat pada masa kini telah melalui banyak perkembangan. Selepas Chancel dan Walker, fenomena penciptaan mancis masih belum lagi tamat. Pada pertengahan abad ke-19, seorang ahli kimia Sweden yang bernama Gustaf Erik Pasch telah mencipta mancis moden yang baru.

Beliau memperkenalkan mancis yang lebih selamat dan lebih mudah untuk digunakan serta jauh lebih murah. Penemuannya dipopularkan oleh perindustrian dari Sweden iaitu John Edvard Lundström yang memulakan pengeluaran besar-besaran mancis moden ini.

Penghasilan Mancis Di Malaysia

Kilang Mancis Cap Lada atau lebih dikenali sebagai dengan gesek ini terletak di Kelantan. Ia merupakan kilang mancis yang pertama di Malaysia yang mana ia telah dibuka sejak dalam tahun 1933.

Pada awalnya ia dimiliki oleh individu yang berasal dari Bombay, India, Namun, pemilikan terhadap kilang ini telah beralih tangan dan kini diambil-alih sepenuhnya oleh Tan Chon San sejak pada tahun 1995.

Sehingga kini, ia masih lagi menjalankan operasi pengeluaran mancis sehingga ke hari ini walaupun permintaan semakin hari terhadap mancis semakin berkurangan.

Sumber: Sejarah.my, History of Matches, Thought Co