Simpan & Makan Lebihan Makanan Lama Di Peti Sejuk Mengakibatkan Sakit Perut Dan Kepala

Adakah anda tahu bahawa 10 hingga 30 peratus kematian adalah disebabkan penyakit bawaan makanan? Walaupun anda mungkin tidak menyedarinya, sakit perut yang anda perolehi setelah makan lebihan makanan di peti sejuk yang sudah hampir seminggu atau sakit kepala itu mungkin merupakan tanda penyakit bawaan makanan yang serius.

Young man writing reminder on fridge and drinking coffee at home

Penyebab besar penyakit yang berkaitan dengan makanan adalah meninggalkan sisa makanan di dalam peti sejuk terlalu lama sebelum memakannya. Makanan yang tinggal di dalam peti sejuk mesti dimakan dalam tempoh 2 hingga 3 hari.

Setiap makanan dan minuman mempunyai tempoh dan kadar kerosakan yang berbeza dan terdapat banyak faktor yang menyebabkan kerosakan makanan.

Apa yang menjadikan makanan rosak sebenarnya pembiakan bakteria pada makanan. Walaupun makanan dimasak pada suhu tinggi, bakteria tidak dapat dibasmi sepenuhnya. Sebilangan kecil bakteria yang masih ada dalam makanan akan terus meningkat seiring dengan waktu ia dibiarkan.

Opened fridge with drinks and food

Berikut adalah 3 faktor utama yang menyebabkan berlakunya penyakit bawaan makanan yang serius:

  • Jenis bakteria yang paling berbahaya cenderung tumbuh lebih banyak pada makanan kaya protein daripada pada makanan berkanji dan bergula seperti nasi.
  • Bakteria juga tumbuh lebih cepat di persekitaran lembap, jadi makanan yang lebih kering akan bertahan lebih lama daripada makanan yang lembap atau yang berkuah.
  • Malah, proses penyejukan makanan yang dimasak yang tidak betul juga menjadi salah satu faktor kerosakan makanan. Sisa makanan yang dimasak boleh mula disimpan di dalam peti sejuk selepas dua jam dimasak. Hal ini kerana, bakteria tumbuh paling cepat antara suhu 5 hingga 60 darjah Celcius. 

Oleh itu, anda tidak digalakkan untuk menyimpan lebihan makanan terlalu lama di dalam peti sejuk. Malah, anda juga perlu terus menghabiskan makanan dan tidak mengambil risiko untuk menyimpan makanan yang mungkin tidak akan dimakan dalam tempoh yang terdekat. Praktikkan gaya pemakanan yang sihat dan elakkan pembaziran. Masak dan beli mengikut kapasiti yang akan dimakan. Selamat mencuba!