Carian
Laman Web MYBuahPinggang Dilancarkan – Kerjasama #MedTweetMY, NKF & Persatuan Nefrologi Malaysia
December 30, 2020 Lina Rosli

Laman Web MYBuahPinggang Dilancarkan – Kerjasama #MedTweetMY, NKF & Persatuan Nefrologi Malaysia

Di Malaysia, seramai 15.48% rakyat mengalami penyakit buah pinggang kronik (CKD).  Sekitar 50,000 pesakit menjalani rawatan dialisis di seluruh negara.

Bagi membantu dan memberi akses maklumat perubatan praktikal yang mudah difahami, suatu gerakan sukarela telah dimulakan oleh sekumpulan doktor pakar dan pesakit buah pinggang melalui pelancaran laman web MYBuahPinggang.com.

Persatuan Tweet Perubatan Malaysia (#MedTweetMY) telah mengorak langkah dengan bekerjasama dengan gerakan MYBuahPinggang ini pada Disember 2019 bagi memperluaskan lagi platform penyampaian maklumat penyakit buah pinggang kronik melalui pembangunan laman web ini. Pembangunan laman web ini disokong oleh Persatuan Nefrologi Malaysia, Persatuan Transplan Malaysia, Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan, Persatuan Nefrologi Negeri Sembilan.

Ia juga merupakan satu inisiatif yang dibawakan khusus untuk para pesakit dari golongan B40 atau yang duduk diluar bandar untuk mendapatkan pendidikan dan informasi yang komprehensif dan tepat.

Melaluinya, para pesakit boleh meningkatkan penjagaan harian dan kualiti hidup. Bukan itu sahaja, MYBuahPinggang.com turut menyertakan pelbagai jenis kandungan praktikal mengenai penyakit ginjal, rawatan, dialisis, pemindahan dan isu-isu berkaitan seperti Covid-19, anemia serta perkembangan lain yang mempengaruhi pesakit di sini Malaysia.

Bersama-sama pelancaran laman web ini, NKF untuk melancarkan NKF’s CODE: Life book “Masih Ada Yang Sayang” yang merupakan sebuah penerbitan untuk mempromosikan pendermaan organ dan pemindahan di Malaysia. Pelancaran buku ini diadakan sejurus selepas CODE: Life Webinar pada bulan November berpusat pada tema “Transplantasi Ginjal Hidup”.

Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi www.MYBuahPinggang.com atau laman Facebook rasmi MYBuahPinggang.

Komen