Google Sudah Mula Kira Detik Ke Tahun 2021 Menerusi Doodle Terbaru
Tinggal kurang dari 24 jam sebelum kita melangkah ke tahun baru. Apakah persiapan anda untuk memulakan tahun 2021?
Tahun 2020 sememangnya tahun yang mencabar dan penuh dengan ujian buat semua. Ia juga merupakan tahun yang memberikan satu pengalaman dan suasana yang baru. Lebih-lebih lagi norma baru yang kini mula dipraktikkan oleh rakyat di seluruh dunia.
Pada tanggal 31 Disember yang mana hari terakhir untuk tahun 2020, pastinya ramai individu tidak mahu ketinggalan dalam menyambut Malam Tahun Baru. Begitu juga Google, syarikat enjin carian gergasi ini telah mula mengira detik untuk ke tahun 2021.
Bersempena dengan sambutan ini, Google hadir dengan sebuah doodle khas yang menarik. Ia menampilkan jam rumah burung lama yang bertuliskan nomobor 2020 di hadapannya. Selain itu, ia turut menampilkan perkataan ‘Google’ yang dihiasi dengan lampu warna-warni.

Malah, apabila anda melakukan carian ‘New Year’s Eve’ anda akan melihat grafik konfeti yang turun dari atas pelayar web anda. Menarik bukan?
Bagi anda yang ingin melihatnya, anda boleh ke enjin carian Google dan mula taip New Year’s Eve atau Malam Tahun Baru bermula hari ini.
Selamat Tahun Baru diucapkan untuk pembaca Tajria! Patuhi SOP yang disarankan kerajaan Malaysia dan sambut Malam Tahun Baru pada tahun ini bersama keluarga tersayang dan kekal duduk di rumah.
