Lina Rosli Diterbitkan 7 January 2020

Resepi Untuk Sarapan Pagi Anda – Telur Hancur Dengan Keju

Resepi Untuk Sarapan Pagi Anda – Telur Hancur Dengan Keju

Sememangnya telur adalah salah satu hidangan yang sering menjadi pilihan setiap individu, lebih-lebih lagi masyarakat di Malaysia. Pelbagai hidangan yang anda boleh sediakan menggunakan telur termasuk telur separuh masak, telur dadar, omellete dan bermacam-macam lagi. Jadi, hari ini Tajria akan berkongsi kepada anda mengenai menu sarapan pagi yang boleh anda sediakan untuk sarapan pagi sebelum pergi ke kerja.

person holding fork on scrambled egg

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 3 biji telur
  • 1 sudu lada hitam
  • 2 sudu mayonis
  • 1 keping keju Cheddar
  • 1/4 lobak merah

Cara memasak: 

  1. Masukkan putih dan kuning telur ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan satu sudu lada hitam dan lobak merah yang telah dicincang. Gaulkan sehingga hancur dan sebati.
  3. Kemudian, tuangkan mayonis ke dalam telur. Cincang keju dalam saiz halus agar senang untuk dicampurkan.
  4. Panaskan kuali dalam suhu sederhana. Letakkan sedikit minyak dan biarkan selama beberapa minit.
  5. Masukkan telur yang sudah digaul ke dalam kuali dan kacau perlahan-lahan telur bagi mendapatkan tekstur yang cantik. Selamat mencuba!