Lina Rosli Diterbitkan 2 January 2020

Bagaimana Ingin Mengurangkan Ketegangan Pada Leher?

Bagaimana Ingin Mengurangkan Ketegangan Pada Leher?

Pernahkah anda berasa tegang pada leher atau mana-mana bahagian di sekitarnya? Jika pernah, apakah yang anda lakukan apabila leher menjadi tegang? Perkara ini kebiasannya akan berlaku apabila leher anda berada di dalam keadaan tidak selesa. Jadi, hari ini Tajria akan berkongsikan kepada anda cara untuk mengurangkan leher yang tegang.

Elakkan memandu terlalu lama dalam satu tempoh masa

Apabila memandu terlalu lama, ia akan memberi kesan tegang pada bahagian belakang anda terutama sekali leher. Untuk melegakan kesakitan pada leher, anda disarankan untuk berhenti berehat dan meregangkan badan untuk beberapa minit. Bukan itu sahaja, anda juga boleh menetapkan posisi kerusi yang selesa untuk badan anda

Betulkan gaya dan postur sewaktu tidur

Posisi tidur anda juga memberikan kesan kepada ketegangan otot. Tidur pada bahagian sisi akan mengurangkan beban pada leher berbanding tidur dengan perut di bawah. Hal ini kerana, ia akan memberikan tekanan kepada leher jika berlarutan. Jika anda berada ingin mengurangkan rasa sakit, anda boleh membeli bantal tidur ergonomik yang menyokong leher anda.

Menggunakan kelengkapan ergonomik

Untuk anda yang bekerja lebih dari 8 jam setiap hari, ia juga akan menyumbang kepada ketegangan otot leher. Jadi, untuk mengurangkan tekanan pada otot, anda perlu meletakkan komputer atau peranti pada paras mata. Anda juga digalakkan untuk menggunakan tertikus ergonomik. Bukan itu sahaja, anda juga perlu berdiri seketika dan bergerak pada setiap satu jam.

grey desk lamp on top of office desk

Melakukan senaman ringan

Senaman ringan adalah cara terbaik bagi mengelakkan leher tegang. Regangan ini termasuk menggerakan kepala anda ke bahu kanan dan kiri secara bergilir. Anda juga boleh memusingkan kepala ke kanan dan kiri manakala bahu pula ke hadapan dan belakang.

Kesimpulan

Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan bagi mengelakkan perkara ini berlaku. Sebagai contoh, anda boleh mengubah gaya hidup anda dan menggunakan kelengkapan ergonomic di tempat kerja anda. Selain itu, anda juga perlu mengamalkan senaman ringan untuk melegakan masalah otot tegang disebabkan oleh postur badan yang tidak betul.