Carian
Tips Belajar – Ini Adalah 3 Cara Menggunakan Highlighter Pada Nota Dengan Berkesan
January 3, 2020 Lina Rosli

Tips Belajar – Ini Adalah 3 Cara Menggunakan Highlighter Pada Nota Dengan Berkesan

Highlighting adalah satu kaedah yang menonjolkan isi-isi penting dalam buku atau nota. Ia semestinya menjadi kegemaran setiap pelajar kerana ia membantu pelajar untuk mengingati perkara penting untuk sesuatu topik. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa cara yang perlu anda ketahui sebelum memulakan proses highlighting ini. Dalam panduan ini, Tajria akan menunjukkan kepada anda beberapa idea tentang bagaimana untuk mendapatkan hasil penonjolan atau highlighting yang berkesan.

person writing on white paper

Ketahui isi-isi penting yang ingin anda tekankan

Untuk mendapatkan idea dan hasil yang berkesan, anda perlu memahami apa yang anda ingin dapatkan dan fahamkan dalam nota tersebut. Lakukan proses tersebut menerusi kaedah goal-oriented yang mana anda menekankan isi (highlighting) berdasarkan tiga perkara ini:

  1. Teks tersebut berkenaan apa?
  2. Apa yang anda mahu dapatkan daripada topik berkenaan?
  3. Apa yang anda perlu tahu untuk mencapai matlamat anda?

Dengan bertanya soalan anda sendiri, anda akan dapat menumpukan perhatian kepada bahagian-bahagian penting teks tanpa highlight keseluruhan artikel. Bukan itu sahaja, anda juga perlu memastikan anda telah membaca keseluruhan artikel selain mempunyai idea yang jelas mengenai perenggan itu.

Pilih warna highlighter dengan teliti

Selain pemahaman mengenai artikel atau teks, pemilihan warna juga perlu diambil kira. Berikut adalah tiga perkara yang penting bagi memudahkan anda memilih warna highlighter:

  1. Hadkan pemilihan warna anda. Menggunakan terlalu banyak warna boleh menjadi nota anda sangat ceria. Namun, ia juga boleh menyebabkan nota anda menjadi serabut dan sukar untuk difahami. Oleh itu, pilih tiga warna yang berlainan dan kekalkan penggunaannya sehingga ke akhir artikel/nota.
  1. Pilih warna yang mudah untuk dibaca. Penggunaan warna pastel untuk penekanan isi adalah pilihan yang terbaik. Hal ini kerana, ia membuatkan mata anda lebih relaks untuk membaca selain tidak terlalu menonjol.
  2. Pilih warna yang berbeza. Warna yang berbeza memudahkan anda untuk menganalisa perbezaan di antara topik, isi utama dan contoh untuk perenggan tersebut.
four assorted-color pens

Highlight pada kadar yang sederhana

Tidak salah untuk menonjolkan isi penting pada sesuatu artikel, namun penonjolan yang tidak konsisten dan berlebihan adalah bukan kaedah yang betul. Konsistensi adalah penting untuk penekanan isi yang berkesan. 

Jika anda menggunakan warna merah untuk menunjukkan isi utama teks, elakkan dari menggunakannya menonjolkan definisi atau  istilah. Jika setiap perenggan dan teks telah di ditekankan (highlight), maka tiada apa yang akan diketahui dengan jelas. Anda boleh cuba menetapkan had, contohnya, hanya satu ayat untuk satu perenggan.

Kesimpulan

Oleh itu, untuk mendapatkan hasil yang berkesan anda perlu meneliti dan memahami konteks yang ingin ditekankan. Bukan itu sahaja, pemilihan warna highlighter juga perlu dititik beratkan bagi memberi impak yang lebih baik kepada anda. Selamat mencuba!

Komen