Carian
Penggunaan Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak Bermula 2020 – Jenis Kerusi Mengikut Berat Dan Tinggi
January 3, 2020 Lina Rosli

Penggunaan Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak Bermula 2020 – Jenis Kerusi Mengikut Berat Dan Tinggi

Kerusi Keselamatan Kanak-kanak atau CRS merupakan sebuat alat yang penting bagi memastikan keselamatan kanak-kanak terjamin sewaktu di dalam kenderaan. Berkaitan dengan perkara ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke telah mengumumkan penguatkuasaan undang-undang mandatori bermula 1 Januari 2020.

Related image

Pengumuman ini dilakukan bagi meningkat kesedaran para ibu bapa mengenai keselamatan kanak-kanak selain mengelakkan sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku. Oleh itu, Tajria hari ini ingin berkongsi kepada para pengguna terutama ibu-bapa mengenai garis panduan mengenai penggunaan dan pemilihan kerusi keselamatan yang bersesuaian di dalam kenderaan.

Selari dengan pengumuman peraturan baru ini, Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah melancarkan buku garis panduan Sistem Undang-undang Kanak-Kanak (CRS) yang dibangunkan secara khusus oleh MIROS pada Oktober 2019 lepas. Di dalamnya terdapat maklumat lengkap mengenai cara pemasangan dan pemilihan kerusi yang menepati piawaian global.

Terdapat perbezaan dalam pembelian kerusi keselamatan mengikut, anggaran umur, tinggi dan berat kanak-kanak. Berikut adalah 4 jenis atau kategori kerusi keselamatan kanak-kanak berdasarkan Peraturan UN R44 atau R129.

Bukan itu sahaja, ibu bapa juga perlu memastikan bahawa kerusi keselamatan yang dipilih adalah bersesuaian dan memberikan keselesaan maksima sepanjang tempoh penggunaan. Pemilihan ini juga adalah termasuk keluasan ruang untuk kaki, ketinggian laras, kedudukan berbaring laras dan perlindungan bahagian sisi kerusi.

Di Malaysia, kebanyakan ibu bapa gemar untuk mendapatkan kerusi keselamatan kanak-kanak yang lebih advance (tidak bersesuaian dengan umur) terlalu awal. Hal ini kerana tempoh penggunaan kerusi keselamatan yang terhad jika ia dibeli mengikut kategori yang ditetapkan. Sebagai contoh, penggunaan kerusi keselamatan menghadap belakang hanya boleh digunakan kurang dari 2 tahun disebabkan saiz laras yang terhad.

Oleh itu, bagi menjadikan ia tidak salah disisi undang-undang, ibu bapa disarankan untuk mencari kerusi keselamatan boleh laras bagi mendapatkan ruang untuk kanak-kanak yang lebih luas dan boleh digunakan untuk jangka masa yang lebih lama. 

Untuk maklumat lanjut, anda boleh baca buku Garis Panduang Kerusi Keselamatan Kanak-kanak atau layari laman rasmi MIROS.

Baca: Buku Panduan Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak Oleh MIROS

Komen