Kebanyakan individu akan mendapatkan kopi sebelum memulakan hari di kelas atau pejabat. Namun, pernahkah anda tertanya-tanya apa yang akan berlaku kepada gigi anda selepas itu? Untuk para penggemar kopi, pengambilan kopi setiap hari akan menjejaskan kesihatan gigi anda.

Kopi bukan sahaja boleh mengotorkan pakaian anda malah ia juga boleh merosakkan gigi anda. Ia mengandungi bahan yang dikenali sebagai tannin, yang merupakan jenis polifenol yang mudah rosak di dalam air. Selain kopi, tannin turut boleh didapati di dalam minuman seperti wain dan teh.

man in black shirt

Tannin boleh menyebabkan sebatian warna kopi melekat pada gigi anda. Apabila sebatian ini melekat, ia akan meninggalkan kesan warna kuning pada gigi. Untuk pengetahuan, reaksi tannin pada gigi hanya memerlukan satu cawan kopi sehari yang boleh menyebabkan perubahan warna gigi.

Jadi, apakah cara yang anda boleh lakukan bagi mengelakkan perubahan warna gigi tanpa perlu berhenti minum minuman kegemaran anda?

Cara Mendapatkan Gigi Yang Putih Dan Sihat

Walaupun kopi mengandungi bahan yang menyebabkan perubahan warna gigi, namun ia masih boleh dikurangkan yang mana tidak memberikan kesan pada gigi yang kekal. Antara cara yang boleh anda gunakan adalah dengan mendapatkan rawatan daripada klinik gigi sekurang-kurangnya dua kali setahun. Menerusinya, anda masih boleh mempunyai gigi yang putih dan sihat selepas pengambilan kopi yang kerap. Jadi, pastikan anda membuat temujanji bersama doktor gigi secara tetap.

woman doing dental on girl lying on bed

Selain mendapatkan rawatan di klinik, anda juga boleh melakukan pembersihan gigi secara konsisten di rumah. Antara produk pemutih gigi yang telah dijual di pasaran termasuk Colgate Optic White, Colgate Advanced Fresh + White dan Sensodyne Pro Namel. Produk-produk ini boleh didapati di kedai-kedai seperti Watson dan Guardian. 

Bukan itu sahaja, terdapat produk ubat gigi lain di pasaran yang amat sesuai digunakan untuk mendapatkan gigi yang putih dan bersinar iaitu Zact, Pearlie White dan Pearl Drops. Produk ini hadir dengan fungsi pemutihan khusus untuk penggemar kopi atau perokok. 

Selain itu, anda boleh memberus gigi dengan baking soda dua kali sebulan yang boleh memutihkan gigi. Di samping itu, anda juga boleh menukar berus gigi manual kepada berus gigi elektrik, yang menyediakan lebih banyak kuasa pembersihan. Pastikan anda berus sekurang-kurangnya dua kali sehari selama dua minit.

Kesimpulan

Terdapat pelbagai cara yang anda boleh lakukan bagi mengekalkan keputihan dan kesihatan gigi. Ia termasuk menggunakan ubat gigi dengan fungsi pemutih khas dan ratawan dari klinik gigi. Walau bagaimanapun, rawatan pemutihan gigi tidak akan berlangsung secara kekal. Hal ini kerana, jika gigi anda terdedah kepada diet pemakanan yang tidak sihat, ia akan mengakibatkan warna mask gigi mula pudar dan terhakis. Kebiasaannya, anda akan mula melihat kesan ini selepas sebulan dari tempoh rawatan.

Lihat profil
Lina Rosli

227 artikel di Tajria.