Anda Sudah Mempunyai Matlamat Tahun Baru? Ini Cara untuk Kekal Konsisten dan Mencapai Matlamat Anda
Pejam celik, kita sudah pun melangkah ke tahun baru 2020. Setiap kali tahun baru, ramai yang menanam pelbagai azam, baik untuk diri sendiri, kerjaya dan keluarga . Ada yang ingin mengurangkan berat badan, ada yang ingin mendapatkan kenaikan pangkat, ada yang ingin menyimpan wang, ada yang ingin membaca lebih banyak buku. Namun tak sampai setengah tahun, banyak daripada azam yang diinginkan ini terbengkalai. Banyak faktor yag menjuruskan kepada keadaan ini, dan antara sebab utama ialah kerana tiada motivasi dan kesungguhan serta tidak konsisten. Jadi bagaimanakah anda boleh melaksanankan azam anda dengan berterusan sehingga anda dapat mencapai matlamat anda? Ikuti 6 langkah berikut:
1. Fokuskan Satu Azam Pada Satu-satu Masa
Matlamat memerlukan fokus, usaha dan komitmen. Sekiranya anda melaksanakan dua atau tiga azam dalam satu masa, anda tidak dapat fokuskan masa dan tenaga anda untuk memastikan azam tersebut dapat dilaksanakan dengan baik. Oleh yang sedemikian, cara yang terbaik untuk mencapai matlamat anda ialah dengan menetap dan melaksanakan satu azam pada satu-satu masa.
Walaubagaimana pun anda boleh menjalankan dua azam pada masa yang sama dan azam kedua adalah matlamat yang melengkapkan matlamat utama anda. Sebagai contoh, anda berazam ingin mengurangkan berat badan dengan berjogging sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Selain menyasarkan untuk mengurangkan 15kg berat badan, anda juga boleh berazam untuk menjadi lebih “fit” dengan aktiviti tersebut dan menjelang penghujung tahun, anda mampu menghabiskan larian sejauh 5km dalam masa 40 minit.
2. Buat Perancangan
“Faling to plan is planning to fail”
Salah satu punca anda sukar untuk melaksanakan azam adalah kerana anda tidak merancang perlaksaan matlamat anda. Apabila tiada perancangan dan pelan tindakan, anda akan mudah tersasar daripada matlamat. Anda juga akan mendapati adalah lebih mudah untuk menyalahkan perkara yang lain (“kerja banyak sangat, tak sempat nak bersenam”, “”saya selalu sibuk, tak ada masa nak baca buku” atau “asyik ada makan-makan di pejabat, punah diet”) apabila anda tidak dapat melaksanakan matlamat anda.
Jangan jadikan kesibukan belajar, kerja atau aktiviti seharian sebagai penghalang untuk anda daripada melaksanakan matlamat anda. Apa yang anda perlu lakukan ialah merancang aktiviti anda sebaik mungkin. Cara terbaik untuk merancang jadual masa anda untuk minggu-minggu kehadapan ialah dengan mempunyai planner. Dengan planner, anda dapat membuat perancangan aktiviti harian dan ‘mencuri’ masa pada waktu senggang untuk melaksanakan azam anda. Planner juga dapat membantu anda untuk menguruskan masa dengan baik.
3. Tetapkan Milestones
Apabila anda melaksanakan matlamat anda, ada masanya anda berasakan matlamat tersebut seperti sukar untuk dicapai. Nak turunkan 25kg berat badan dalam tempoh setahun terasa amat sukar untuk dicapai. Namun begitu, dengan kaedah yang betul, ia tidak mustahil. Cara terbaik untuk mencapai matlamat anda ialah dengan membahagikan matlamat anda kepada beberapa matlamat kecil yang specific (S), measureable (M), achieveable (A), realistic (R) dan timely (T) (SMART goals). Ini membolehkan matlamat itu menjadi lebih mudah dicapai. Untuk setiap pencapaian kecil yang anda berjaya laksanakan, berikan self-reward kepada diri sendiri dan raikan kejayaan anda agar anda akan terus bersemangat untuk melaksankan matlamat anda.
Sebagai contoh, sekiranya anda berhasrat untuk menurunkan 25kg berat badan anda untuk tahun 2020, sasarkan penurunan berat badan (goal) sebanyak 2.1kg (R, M) setiap bulan (T), ataupun 500g (R, M) setiap minggu (T) dengan berenang, menaiki tangga setiap pagi ke pejabat dan mengawal jumlah makanan (S, A, R). Dengan membahagikan matlamat besar kepada beberapa matlamat kecil dan mengecilkan skop pencapaian kepada pencapaian mingguan/ bulanan dengan kaedah SMART goals, matlamat terasa lebih mudah untuk dilaksanakan dan dicapai.
4. Bina Tabiat Yang Baik
Kebanyakkan apa yang kita laksanakan dalam kehidupan adalah tabiat yang terbina dan telah menjadi satu perkara yang normal dalam hidup kita. Kita tidak perlu diingatkan untuk mandi dan menggosok gigi setiap pagi, dan kita akan melakukannya tanpa perlu diingatkan.
Untuk memastikan anda dapat melaksanakan matamat anda, ia hendaklah menjadi sebahagian daripada aktiviti seharian anda. Dengan ini, anda tidak akan perlu tercari-cari masa untuk melaksanakan aktiviti tersebut ataupun merasa diri anda terpaksa untuk melaksanakan azam tersebut.
Sebagai contoh, sekiranya anda berazam untuk mempunyai gaya hidup yang lebih aktif untuk tahun 2020 namun tidak mampunyai banyak masa lapang untuk bersenam, anda boleh datang 30 minit awal ke tempat kerja dan menggunakan tangga daripada menggunakan lift untuk ke pejabat. Ataupun sekiranya menaiki pengangkutan awam, turun 2 stesyen lebih jauh dan berjalan ke pejabat, sekiranya situasi membenarkan. Dengan cara ini, anda secara tidak langsung telah melaksanakan azam anda di sebalik aktiviti harian anda tanpa anda sedari.
5. Jejak Pencapaian Anda Dengan Efektif
Antara sebab utama mengapa anda sukar untuk mencapai matlamat adalah kerana anda mudah get distracted. Apabila anda distracted, anda akan hilang panduan apakah yang perlu dilakukan seterusnya untuk mencapai matlamat. Cara yang terbaik untuk menjejak pencapaian anda ialah dengan menyimpan jurnal. Catatkan pencapaian yang telah anda lakukan walau sekecil mana pun. Ketahuilah, progress yang sedikit adalah lebih baik daripada tiada sebarang progress. Apabila anda menyemak semula jurnal anda bulan-bulan kehadapan, anda akan merasa kagum dengan kemajuan yang telah anda capai dan ini sedikit sebanyak akan terus membakar semangat anda untuk terus berusaha melaksanakan matlamat anda.
Catatkan kemajuan anda setiap hari, minggu atau bulan tidak kisah sedikit mana pun. Hari ini dan esok anda mungkin membaca sehelai muka surat, lusa mungkin anda membaca 2 helai mukasurat buku. Namun dalam sebulan, anda akan mendapati anda telah pun hampir habis membaca sebuah buku.
6. Dapatkan Sokongan dan Galakan
Apabila anda mempunyai azam, kongsikannya dengan ahli keluarga, kawan ataupun rakan kerja yang anda percayai dan supportive. Lebih baik lagi sekiranya anda mempunyai sekumpulan go-to friends, yang anda kenali di gymnasium, kelab hobi/aktiviti ataupun di media sosial yang sekepala dengan anda yang berkongsi minat dan matlamat yang sama.
Bukan sahaja mereka mampu memberikan sokongan dan kata-kata semangat, mereka juga mampu mengingatkan anda untuk terus berusaha sekiranya anda slacking-off dan berkongsi nasihat sekiranya anda mempunyai masalah untuk mencapai matlamat anda.
Diharapkan tips di atas berguna untuk anda agar anda dapat mencapai apa yang anda inginkan pada tahun 2020 ini. Selamat maju jaya!