Carian
5 Jenama Pakaian Ini Diperbuat Daripada Fabrik Semula Jadi Dan Mesra Alam
January 6, 2020 Lina Rosli

5 Jenama Pakaian Ini Diperbuat Daripada Fabrik Semula Jadi Dan Mesra Alam

Tahukah anda bahawa industri fesyen dan tekstil merupakan salah satu industri yang paling tinggi menyumbang kepada pencemaran alam sekitar selepas plastik? Ia disebabkan oleh perubahan fesyen yang bergerak pantas di seluruh dunia. 

Bagaimanakah pencemaran ini berlaku? Ia berlaku menerusi peningkatan dalam penggunaan air dan bahan kimia yang digunakan dalam proses membuat dan mewarnakan pakaian. Bukan itu sahaja, kuantiti pakaian yang tidak terjual juga menyumbang kepada bilangan pelupusan yang tinggi yang telah dikumpulkan dan dihantar ke tapak pelupusan atau pembakaran.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa jenama tanah air yang hadir dengan penyediaan pakaian mesra alam. Jenama ini menggunakan kain yang diperbuat daripada bahan-bahan atau tekstil organik serta menggunakan semula kain yang telah di kitar semula untuk proses pembuatan pakaian. Menerusi langkah ini, ia dapat mengurangkan impak pencemaran kepada alam sekitar. Berikut adalah tiga jenama pakaian yang menggunakan bahan semula jadi untuk pakaian:

Real.m

Real.m atau lebih dikenali sebagai Real Material bukan sahaja mengeluarkan pilihan pakaian organik, malah ia turut hadir dengan pilihan barangan rumah termasuk tuala, selimut dan lain-lain. Jenama ini menghasilkan fabrik yang menarik yang diperbuat daripada serat semulajadi seperti tekstil kraftangan tradisional, bahan asli & bahan lain seperti kapas & bahan bukan GMO seperti pewarna sayur-sayuran.

Muni

Ia hadir dengan variasi pakaian yang menggunakan bahan pewarna semula jadi. Ia menggunakan ekstrak bahan tropika seperti buah pinang, gambir, kayu sepang, daun ketapang yang tidak mencemarkan alam sekitar. Jenama ini diasaskan oleh Munir Othman, yang mana mendapatkan idea ini menerusi projek beliau di Bali. Cara ini menghasilkan fabrik dan tekstil dengan warna yang sangat lembut dan halus berbeza dan kaedah sintetik. Antara produk yang dihasilkan termasuk baju, beg dan topi dengan pelbagai pilihan warna yang menarik.

Biji Biji

Menarik mengenai jenama fesyen ini adalah ia menawarkan produk carbon-free yang mana ia diperbuat daripada bahan buangan yang telah dikitar semula seperti sepanduk, tali pinggang keledar kereta, kimono, karpet tenun dan banyak lagi. Menerusi bahan-bahan ini, ia menghasilkan pelbagai variasi beg tangan, beg tote dan beg belakang yang menarik. Bukan itu sahaja, ia turut menawarkan pelbagai koleksi tudung dan selendang dengan corak yang menarik.

Kedai Bikin

Berbeza dengan jenama fesyen yang lain, Kedai Bikin hadir dengan penawaran produk yang lebih versatil dan meluas. Ia membawakan pelbagai pilihan produk termasuk pakaian dan beg tangan serta perabot rumah yang mesra alam. Ia adalah projek utama daripada sebuah syarikat tempatan iaitu Studio Bikin yang menghasilkan produk artisan yang kreatif dan menarik. Untuk pilihan batik yang ditawarkan, ia menggunakan kain pareo dengan bahan sutera asli yang tidak mencemarkan alam sekitar.Ke

Bikin Mongram Batik Sarong (2.5m/Silk)

Sayang

Bagi anda yang menggemarkan produk daripada serat semula jadi, Sayang merupakan salah satu jenama yang menghasilkan pakaian mesra alam (eco-friendly). Setiap butiran yang disertakan termasuk label dan tag menggunakan bahan yang boleh dikitar semula dan mesra alam. Terbaru, jenama ini turut melancarkan sebuah mesh bag yang diperbuat daripada bahan semula jadi yang mempunyai sijil dalam ujian SGS iaitu tanpa bahan kadmium, pewarna azo, BPA dan phthalates.

Berikut adalah beberapa jenama yang membawakan produk dan pakaian daripada bahan-bahan semula jadi dan mesra alam. Jenama-jenama ini bukan sahaja meningkatkan kreativiti individu dalam menghasilkan produk yang menarik, malah ia juga membantu mengurangkan masalah pelupusan pakaian dan pencemaran alam sekitar dengan menggunakan bahan organik dan produk yang telah di kitar semula untuk proses pembuatan pakaian. 

Komen