Tips Belajar – Meningkatkan Pemahaman Membaca Melalui Pembacaan Pantas
Pernahkah anda dengar akan teknik speed reading atau pembacaan pantas? Speed reading adalah satu teknik membaca yang mana melibatkan pergerakan mata yang pantas bagi mengumpul informasi dengan cepat dan berkesan. Teknik ini melibatkan beberapa cara pembacaan iaitu skimming dan scanning.
Skimming Dan Scanning
Apakah yang dimaksudkan dengan skimming? Ia adalah teknik pemotongan yang mana anda akan memandang sepintas lalu keseluruhan teks dan artikel bagi mendapatkan mesej yang ingin disampaikan. Sementara scanning pula adalah teknik imbasan yang melibatkan pencarian isi penting atau informasi yang diinginkan di dalam teks atau artikel. Kebiasaannya, teknik ini akan dilakukan secara berurutan iaitu melakukan imbasan teks dahulu kemudian teruskan dengan pencarian maklumat penting.
Teknik pemotongan dan pengimbasan, dua teknik yang melibatkan pencarian maklumat yang paling relevan terlebih dahulu, akan menjadi titik mula anda untuk memahami perenggan seterusnya. Apabila anda sudah biasa dengan bahagian-bahagian utama teks, ia akan memudahkan anda untuk mengetahui topik perbincangan dalam artikel tersebut.
Elakkan Subvocalization
Ia adalah salah satu teknik pembacaan secara senyap di minda yang juga dikenali sebagai audiotory assurance yang menjadi kebiasaan dalam kalangan pembaca. Ia melibatkan percakapan di dalam kepala sewaktu bacaan dan merupakan faktor utama kebanyakan individu membaca dengan perlahan. Hal ini bagi mengelakkan anda terlepas informasi penting yang diinginkan. Namun, dengan menghentikan bacaan itu di kepala anda, ia dilihat boleh menggandakan kadar bacaan anda.
Gunakan Jari Sebagai Penunjuk
Untuk mengubah tabiat ini, anda boleh menggantikan suara anda dengan menggunakan jari untuk menunjukkan perkataan. Melaluinya, anda boleh membaca dengan lebih pantas selain memudahkan teknik skimming dan scanning dilakukan. Selain jari, anda juga boleh menunjukkan perkataan menggunakan pen atau pensil, atau jika di komputer, anda boleh menggerakkan cursor mengikut arah teks.
Tidak Membaca Berulang Kali
Selain itu, anda tidak digalakkan untuk membaca semula ayat atau perenggan yang sama berulang kali. Kebiasaannya, individu yang gemar membaca berulang kali adalah disebabkan tidak dapat memahami mesej yang disampaikan pada teks tersebut. Bagi mengelakkan hal ini berlaku, cuba baca baris demi baris untuk memahami konteks yang disampaikan.
Letakkan Tempoh Masa
Menetapkan pembacaan teks secara strategik dan aktif dapat membantu anda memahami teks dengan lebih mudah. Sekiranya anda ingin meningkatkan kelajuan bacaan anda, tetapkan tempoh atau jangka masa untuk menguji berapa banyak perkataan (atau halaman) seminit yang anda boleh baca. Dengan ini, ia dapat melatih teknik speed reading anda dengan lebih baik. Anda juga boleh melangkau bahagian yang tidak penting dalam artikel tersebut. Membaca secara selektif akan membolehkan anda memahami topik utama di dalam teks.
________________________________________________________________________
Cara-cara yang dibincangkan di atas bukan sahaja sesuai digunakan untuk buku dan artikel bukan fiksyen, malah ia juga boleh digunakan untuk buku jenis fiksyen. Dalam novel, anda boleh mengimbas bab pembangunan karakter, titik dialog utama, dan titik plot utama. Kemudian bacalah dengan laju yang lebih cepat daripada biasanya.
Seperti semua teknik pemahaman yang lain, speed reading memerlukan masa untuk mendapat tempo yang diinginkan. Semakin banyak masa yang anda gunakan untuk melakukannya, semakin baik hasil yang anda akan terima. Sudah tentu, untuk memperolehi hasil yang memuaskan memerlukan keselesaan yang maksima sewaktu proses perlaksanaan. Namun, jika ia dilatih pada kadar yang konsisten, ia sedikit demi sedikit dapat memperbaiki tabiat pembacaan anda sekaligus meningkatkan pemahaman yang lebih mendalam dalam sesuatu bacaan.