Maskara adalah salah satu produk kosmetik yang memerlukan proses pembersihan yang boleh dikatakan agak rumit. Lebih-lebih lagi jika anda menggunakan maskara kalis air dengan lapisan yang agak tebal. Oleh itu, ia memerlukan anda untuk membasuhnya dengan beberapa produk lain supaya maskara tersebut dapat ditanggalkan dengan baik.

Antara produk maskara kalis air yang popular di pasaran termasuk; Maybelline Volume Express Curl Waterproof, Maybelline Lash Sensational Mascara, Silkygirl Lash Prism Waterproof, Silkygirl Big Eye Collagen Waterproof dan banyak lagi.

Jadi, hari ini Tajria akan berkongsi kepada anda mengenai cara dan langkah menanggalkan kesan maskara pada bulu mata anda dengan betul. Berikut adalah lima langkah yang boleh anda lakukan:

Gunakan makeup remover dalam bentuk cecair minyak (oil-based)

Pertama sekali, anda perlu menggunakan kapas bersih dan letakkan makeup remover yang bersesuaian untuk menanggalkan maskara yang dipakai. Gosokkan kapas tersebut ke bahagian mata dan bulu mata dan lapkannya ke arah luar muka (arah telinga). Lakukan langkah ini beberapa kali sehingga maskara tersebut hilang dan bersih.

Lap kawasan sekitar mata dengan tisu pembersih

Seterusnya, hilangkan kesan hitam dan lebam pada bawah mata dengan menggunakan tisu pembersih atau tisu basah. Gosok mata anda dalam bentuk pusingan (circular motion) bagi pembersihan yang lebih menyeluruh. Anda dinasihatkan untuk menggunakan tisu pembersih yang bersesuaian dengan kulit selain tidak terlalu kasar untuk mata.

pink and white wet wipe pack beside pink labeled bottle

Basuh dengan pembersih muka harian

Setelah selasai menghilangkan kesan maskara dibawah mata, lakukan teknik double cleansing menggunakan pembersih muka harian. Ia dilakukan bagi menghilangkan kotoran lain seperti bulu kapas, minyak dan lain-lain yang terlekat pada muka. Tambahan, membersihkan muka menggunakan pembersih muka dapat membantu mengekalkan kelembapan kulit dan kehalusan wajah.

Lap muka dengan tuala bersih

Elakkan daripada mengelap muka dengan terlalu kasar. Anda boleh menerkap muka menggunakan tuala dengan perlahan. Mengelap muka dengan kasar boleh mengakibatkan pedih pada kawasan muka.

________________________________________________________________________

Bagi anda yang kerap menggunakan maskara dalam solekan harian anda, anda dinasihatkan untuk sentiasa membersihkan bulu mata anda dengan betul. Teknik yang betul boleh membantu mengekalkan kecantikan bulu mata anda selain membantu menjaga kebersihan diri. Oleh itu, ikuti langkah pembersihan dengan betul bermula hari ini!

Lihat profil
Lina Rosli

227 artikel di Tajria.