Carian
Betulkah Muzik Adalah Bahasa Lain Dalam Menyampaikan Mesej?
January 8, 2020 Lina Rosli

Betulkah Muzik Adalah Bahasa Lain Dalam Menyampaikan Mesej?

Jika kita lihat, muzik dapat menyatukan setiap individu dari setiap pelosok dunia. Tidak kira anda dari negara yang berlainan atau bangsa dan kaum yang berbeza, muzik bukan sahaja membawa kepada penyatuan dari segi gaya dan citarasa muzik, malah berupaya untuk menyambungkan individu di antara satu sama lain yang melibatkan perasaan empati, kepercayaan dan kerjasama.

Seperti kebanyakan aktiviti lain (sebagai contoh; berenang, bersenam, melukis), mendengar muzik dapat mengubah perasaan dan emosi individu dalam pelbagai cara dan keadaan. Hal ini adalah disebabkan gubahan ritma dan tona dalam sesebuah muzik atau lagu yang dipilih. 

Terdapat kajian mengatakan bahawa muzik adalah salah satu aktiviti yang melibatkan penggunaan untuk keseluruhan otak. Ia bukan sahaja memberi impak positif kepada pembelajaran bahasa, meningkatkan daya ingatan dan memori malah ia juga membantu individu untuk memberikan tumpuan terhadap sesuatu aktiviti.

woman laying on bed near gray radio

Namun, apakah jenis muzik yang sesuai untuk pengurusan emosi? Antara pilihan muzik yang seringkali menjadi pilihan kebanyakan individu termasuk klasik, pop, rock dan instrumental. Perbezaan tempo dalam setiap lagu ini membawa kepada perbezaan reaksi individu yang mana muzik yang lebih santai dan relaks memberikan ketenangan kepada individu dalam melaksanakan tugasan. Manakala, lagu dengan tempo yang rancak sesuai untuk dimainkan sewaktu bersenam atau jogging yang mana ia membekalkan tenaga lebih banyak. Perkara ini diberlaku disebabkan oleh peredaran darah ke jantung yang aktif.

Bolehkah muzik membantu individu mengurus emosi dengan baik?

Muzik mempengaruhi tindak balas dan reaksi hormon dalam badan. Kajian menunjukkan muzik boleh meningkatkan hormon adrenalin yang membantu menyegarkan badan anda sama ada sewaktu memandu, melakukan kerja atau aktiviti lain yang memerlukan fokus yang tinggi. Sementara, jika individu tersebut mengalami insomnia, muzik dengan ritma yang perlahan dapat mengurangkan hormon nonadrenalin yang membantu otak anda relaks dan tidur.

white Samsung Android smartphone turned beside white earbuds on brown board

Menurut kajian oleh American Music Therapy Association (AMTA), muzik boleh dijadikan sebagai terapi dalam menguruskan stress, meningkatkan daya ingatan dan membantu individu untuk mengatasi masalah mental dan fizikal. Selain itu, mendengar muzik juga dapat mengurus emosi dengan efektif lebih-lebih lagi merawat gangguan perasaan yang berkaitan dengan keadaan neurologi seperti Parkinson, dementia dan strok.

Bukan itu sahaja, badan dan otak mempunyai tindak balas yang menarik terhadap muzik. Hal ini adalah disebabkan oleh penggambaran imej di minda menerusi lirik adalah dua mekanisma psikologi yang mana memberi kesan kepada tindakan emosi. 

Akhir sekali, muzik juga berfungsi sebagai bahasa lain yang menyampaikan mesej tanpa perkataan, sebaliknya menggunakan gubahan tempo untuk menunjukkan emosi, idea dan mesej yang tersirat. Oleh sebab itu, muzik dapat difahami oleh masyarakat di serata dunia tanpa perlu memahami bahasa yang digunakan. Dengan cara ini, mesej dapat diteruskan dari satu generasi ke generasi lain serta mewujudkan kesinambungan dan kesetiaan setiap individu.

Sumber: NCBI – Tuned In Emotion RegulationThe Guardian

Komen