Carian
Selsema Dan Influenza Tidak Akan Berlaku Pada Satu Tempoh Masa Yang Sama?
January 9, 2020 Lina Rosli

Selsema Dan Influenza Tidak Akan Berlaku Pada Satu Tempoh Masa Yang Sama?

Selsema dan Influenza (demam selsema) adalah disebabkan oleh virus dan bakteria yang berbeza. Untuk selsema, kebiasaannya akan bermula dengan simptom hidung berair, bersin dan sakit tekak. Manakala, influenza pula memberi kesan penat yang melampau, demam, sakit badan dan batuk. Walau bagaimanapun, kedua-dua penyakit ini akan berlarutan selama 1-2 minggu. Kedua-dua penyakit ini berkait rapat dengan masalah pernafasan yang disebabkan oleh pelbagai virus. Terdapat beratus-ratus virus yang boleh menyebabkan selsema biasa berlaku di kawasan sekitar. 

white ceramic mug on white table beside black eyeglasses

Jadi, adakah influenza dan selsema biasa tidak akan berlaku kepada individu pada tempoh masa yang sama? Jawapannya adalah tidak. Menurut kajian di University of Glasgow di United Kingdom, ia mengatakan bahawa interaksi di antara virus adalah terlalu kuat. Setiap virus akan bersaing mendapatkan sel di dalam badan menjadikan sistem imunisasi badan memberi tindak balas yang membuatkan virus yang tidak berkaitan sukar untuk menjangkiti tubuh yang sama.

Secara amnya, simptom influenza atau demam selsema adalah lebih teruk berbanding selsema biasa yang mana ia hadir dalam tiga jenis demam iaitu influenza A, B dan C. Bukan itu sahaja, influenza juga adalah penyakit yang memudaratkan yang mana boleh  menyebabkan kematian. Terdapat musim-musim tertentu yang biasa berlaku gejala Influenza ini iaitu sekitar bulan Oktober sehingga pertengahan Mei atau di mana-mana negara musim sejuk.

Berbeza dengan Influenza, selsema biasa  disebabkan oleh perubahan cuaca panas dan sejuk yang tidak konsisten. Hal ini kerana tubuh badan tidak dapat menyesuaikan diri dengan perubahan cuaca yang mendadak selain tidak mempunyai daya tahan imunisasi yang baik.

Bagi mengelakkan jangkitan selsema kepada individu lain, jadikan mencuci tangan anda dengan bersih dan kerap sebagai tabiat. Selain itu, pastikan anda menutup muka jika hendak bersin bagi mengelakkan penyebaran kuman. Manakala untuk melindungi dari influenza pula adalah dapatkan vaksin yang bersesuaian atau mengambil protein telur dalam hidangan anda sebagai langkah keselamatan. Untuk maklumat lanjut, anda boleh mendapatkan khidmat nasihat pakar untuk rawatan vaksin yang selanjutnya.

Sumber: Medical News Today, Healthline

Komen