Carian
Kesan Minyak Pada Baju – Ini 3 Tips Untuk Menghilangkan Kotoran Minyak
January 9, 2020 Lina Rosli

Kesan Minyak Pada Baju – Ini 3 Tips Untuk Menghilangkan Kotoran Minyak

Pernahkah anda terkena kotoran minyak pada baju sewaktu makan? Kesan minyak ini boleh dikatakan agak sukar untuk dihilangkan, lebih-lebih lagi jika ia telah meresap ke dalam baju. Jadi, Tajria hari ini ingin berkongsi kepada anda beberapa tips mudah yang boleh digunakan untuk menghilangkan kotoran atau kesan mnyak pada baju.

clothes hanged on rope

Gunakan Sabun Basuh Pinggan

Cara ini boleh dikatakan 90% berkesan yang mana sabun basuh pinggan diperbuat campuran asid lemak dan bahan alkali yang mana ia sangat berkesan dalam membersihkan kotoran degil termasuk kesan minyak masak. Bukan itu sahaja, sabun basuh pinggan juga menggunakan sodium lauryl sulfate yang mengikat kotoran seperti minyak untuk penyingkiran yang lebih pantas.

Untuk membersih kotoran tersebut, anda boleh meletakkan sedikit sabun di kawasan yang kotor. Gosok kawasan tersebut secara perlahan supaya kotoran tidak merebak ke tempat lain. Lakukan sehingga kesan tersebut hilang dan setelah selesai, basuhkannya dengan sabun pencuci dan keringkan.

Semburkan WD-40

WD-40 adalah pelarut serbaguna. Ia mempunyai keupayaan untuk menghapuskan gris, jadi anda juga boleh menggunakannya pada kesan minyak. Walaupun WD-40 adalah bahan kimia, namun ia tidak akan merosakkan permukaan dan keadaan baju. 

Untuk membersihkannya, sembur kotoran menggunakan WD-40. Biarkan ia duduk selama 30 minit supaya kawasan kotoran tersebut dapat diserap sepenuhnya dengan WD-40. Bilas kawasan kotoran dengan air panas untuk mengeluarkan minyak berlebihan.

Soda Penaik atau Baking Soda

Cara ini tidak terlalu berkesan untuk sesetengah kotoran. Hal ini kerana, soda penaik adalah sejenis garam dengan kompaun semula jadi yang sedikit tinggi berbanding pH neutral. Hasilnya, ia dapat menghilangkan kotorang dengan lebih mudah.

Letakkan soda penaik pada kesan minyak. Biarkan soda penaik tersebut untuk beberapa minit sekitar 30 hingga 60 minit. Kemudian, gosok kesan minyak dengan berus gigi lama yang bersih. Soda penaik akan menyerap minyak menjadikan ia lebih mudah untuk dihilangkan.

________________________________________________________________________

Bagi menghilangkan kotoran dengan lebih baik, anda boleh merendam baju atau pakaian anda dengan air suam. Walau bagaimanapun, semak label pada baju bagi memastikan baju anda tidak rosak apabila dibasuh. Selamat mencuba!

Komen