Bunga Matahari Adalah Simbol Kesetiaan – Ia Turut Digunakan Untuk Membuat Kertas?
Bunga Matahari atau nama saintifiknya Helianthus annuus adalah tumbuhan dari keluarga Asteraceae dengan kepala bunga yang besar. Panjang dahan pokok boleh mencapai sehingga 3 meter dan diameter kepala adalah sebesar 15-30 cm. Bunga ini boleh ditanam di Malaysia yang mana ia memerlukan ruang yang cukup cahaya matahari. Bukan itu sahaja, bunga ini juga perlu ditanam dengan biji yang bertaburan dalam keadaan tanah yang lembap sebelum diletakkan biji. Kebiasaannya, biji tersebut akan mula bercambah seawal satu minggu.
Jika kita lihat bunga Matahari sering menjadi pilihan kebanyakan individu masa kini, lebih-lebih lagi generasi milenial. Namun, apakah kehebatan bunga ini sehingga ramai wanita menyukainya? Oleh itu, Tajria hari ini akan berkongsi kepada anda kebaikan lain yang mungkin ramai tidak tahu mengenai bunga Matahari.
Minyak Masak Bunga Matahari
Salah satu kebaikan bunga Matahari adalah ia dapat menghasilkan minyak masak yang berkhasiat. Tidak seperti minyak masak jagung, bunga matahari lebih mudah diproses dan lebih baik untuk kesihatan anda dalam jangka panjang. Untuk mendapatkan satu cawan minyak, anda memerlukan kira-kira tiga hingga enam biji bunga matahari bergantung kepada jenis dan saiz bunga.
Kertas Bunga Matahari
Selain minyak masak, bunga Matahari juga boleh digunakan untuk membuat kertas dengan menggunakan batang pokok tersebut. Walau bagaimanapun, berbanding kertas yang dihasilkan di kilang, kertas semulajadi akan berubah menjadi coklat disebabkan oleh kurang cahaya. Oleh itu, anda boleh menggunakan peluntur kerana hidrogen peroksida membantu memutihkan kertas.
Sabun Bunga Matahari
Bunga matahari mengeluarkan minyak yang kaya dengan lemak manakala abu membakar batang mereka boleh digunakan untuk membuat potash. Ia boleh dilakukan menerusi proses penyabunan atau saponification. Kebiasaaannya, minyak berasaskan tumbuhan tidak boleh membentuk sabun yang kukuh. Namun, ia masih boleh bertindak sebagai agen pembersih. Untuk menjadikan keadaan sabun lebih tahan lama, anda perlu menyimpannya dengan lebih lama untuk tujuan pengerasan atau jadikan ia sebagai sabun cecair.
________________________________________________________________________
Terdapat pelbagai kebaikan lain yang boleh anda dapatkan pada bunga Matahari. Antaranya adalah biji benih bunga Matahari mengandungi pelbagai mineral, vitamin E dan asid lemak yang boleh membantu melindungi arteri. Bukan itu sahaja, phytochemical yang terdapat di benih bunga matahari menggalakkan fungsi kognitif, mengurangkan kolesterol, menghalang pertumbuhan sel-sel kanser dan membantu melawan kanser kolon, prostat dan kanser payudara.
Sumber: Healthline , FTD , The Micro Gardener